Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Wednesday, 27 March 2013

Beautiful Bali - Day 6


6/3/2012


Hari ke 7 di Bali . Breakfast di hotel seperti biasa. Kemudian ke laundry mengambil baju tempohari.
Memandangkan motor telah di pulangkan pada pemilik asal, kami kena la jalan kaki untuk ke sana .
Kalau dengan motor, agak dekat tapi bila jalan fuh semngat.

Kemudian, pada 1230pm Ali Topan datang bersama kawannya ambil kami di hotel dan akan bawa kami ke Ubud.
Hari ni, kami akan bertukar hotel dan menginap di Ubud. Dari hotel sekarang ke Ubud, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ali ada terangkan kenapa di Bali bangunannya tidak tinggi. Ini kerana setiap bangunan yg di bina tidak boleh menandingi Temple di Besakih kerana temple ini di katakana temple yg paling agung.
Saya sengaja memilih Ubud sebab Ubud punya tarikan yg istimewa yg akan saya paparkan nanti.


dalam perjalanan ke hotel, kami terserempak dgn kematian


kata Ali mayat ini terdiri dari golongan miskin kerana di balut dengan tikar mengkuang dan di arak  menggunakan bambu.

Sebelum sampai ke hotel di Ubud, kami singgah di Sukowati market. Di sini banyak sangat paintings, barangan cenderahati, beg I love Bali , beg batik, baju, seluar dan berbagai lagi barangan di jual di sini.
Rambang mata ok dan harga lagi murah jika di bandingkan dengan di Kuta atau Legian.





Kami sempat beli 2 painting dengan harga IDR 400, 000 (RM127.85) selepas tawar - menawar. Hajatnya na beli banyak lagi tapi buntu pula na gantung di mana kalau balik rumah.
Buah salak juga ada di jual di sini dan rasanya lebih sedap dari buah salak yg ada di Malaysia . Manis dan berlemak.
Untuk 2 kilo 1/2 harganya sekitar IDR20, 000 (RM6.39).



Selesai window shopinnng di sini, kami teruskan perjalanan ke hotel kami iaitu Bliss Spa Ubud Bali yg mengambil masa 31 minit, Apa yg berbeza di Ubud dan Kuta, Ubud cuacanya tidak sepanas Kuta dan banyak sawah padi yg cantek-cantek. Jalan di sini juga agak kecil dan seperti jalan di kampung kalau di Malaysia .
Bila jalan kecil, makanya keadaan agak jammed di sesuatu tempat.


Kami bayar pada Ali Topan IDR 600,000 (RM191.77) untuk caj kerana menghantar kami dari hotel di Legian sehingga la sampai ke Ubud. Ini termasuk juga dengan trip ke Kintamani nanti pada hari Jumaat (8/3/2013) iaitu pada hari kami balik ke Malaysia nanti. Standard harga ini ialah termasuk sewa kereta, driver dan fuel.
Saya paparkan kecantekan hotel pilihan kami ini yg open pada panorama sawah padi.
inilah Ali Topan.






Ini pula bilik kami yg terletak pada tingkat atas sekali iaitu tingkat 2.

suka sgt katil neh







Petang sikit, kami keluar dan cari laundry. Almaklumlah baju kotor da mula bertimbun. Malas pula saya na bawak balik baju kotor banyak-banyak neh. Pihak hotel sewakan motor sebanyak IDR 70, 000 (RM ) untuk sehari.
Kami fikir agak mahal untuk harga tersebut. Ketika sedang berjalan mencari laundry, kami terjumpa tempat untuk sewa motor dengan harga IDR 50, 000 (RM15.95) sehari.
Jadi, Enche Hubby pon amek keputusan untuk sewa motor tersebut. Kami di beri harga IDR 90, 000 (RM 28.76) untuk 2 hari memandangkan Enche Hubby nego bagitau yg kami akan pulangkan motor pada Jumaat pg.



Kami round kawasan sekitar dan jumpa 1 laundry yg berdekatan dengan hotel kami. Kebetulan pula, anak pemilik laundry ini bekerja di hotel tempat kami diami sekarang. Untuk dobi baju ini, kami di caj IDR 28, 000 (RM 8.93). 


Kemudian, kami round pekan Ubud dan makan di satu kafe yg bertanda halal ini.








Paid IDR 87, 000 (RM 27.74) untuk makanan di atas.

ini tangga untuk masuk ke Bliss Spa


Terasa rintik hujan. Selesai makan terus balik hotel dan rehat.



Sambung Day 8 pulak next entri !

No comments:

Post a Comment