Ini antara plan kami yg di selitkan semasa trip ke Bali . Memandangkan kami stay di Bali agak lama jadi, kami ambil satu hari untuk ke Yogja. Saya purchase tiket Garuda Airlines ketika ada promotion di website mereka. Saya dapat tiket dari Bali ke Yogja dan Yogja - Bali pada hari yg sama dengan harga yg affordable iaitu IDR _______ (RM ) untuk pergi balik. Memandangkan kami berdua teringin sangat untuk lihat Borobodur depan mata kami.
Untuk ke Yogja, dari Bali perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Kami ke airport dengan van yg di sewa oleh pihak hotel untuk pergi dan balik dan bayaran sewa ialah IDR 175, 000 (RM55.93)Kami keluar dari hotel kira-kira 630am. Sampai di airport, kami membayar IDR 80,000 (RM25.56) airport tax untuk 2 org. Sudah check in, sambil menunggu plane kami sarapan di cafe yg ada.
Yogja ! |
Untuk bakso (sedap sgt kuah bakso yg kat cafe neh), nasi jinggo (ayam), air kotak kacang hijau dan kopi kami di kenakan caj IDR 75,000 (RM23.97)
Pukul 820am, kami naik plane and ke Yogja. Tiba di Yogja, masa di sini lewat sejam dari di Bali . Oh, untuk pengetahuan kamu masa di Bali sama seprti masa di semenanjung Malaysia .Kami di jemput oleh wakil dari En Bambang - tour yg ada di Yogja - yg di wakili oleh En Gundan. Orangnya berumur 40an tetapi bagi saya dia tidak seperti umur 40an. Menjaga bahasa orangnya. Kenderaan kami ketika di Yogja ialah Toyota Kijang.
Lokasi pertama kami ialah di Prambanan. Terletak di Daerah Istimewa Yogyakarta Candi ini sangat cantek ye. Tetapi, saya agak frust kerana kedatangan kami ke Yogja di sambut dengan hujan. Makanya, gambar kami di Prambanan banyakla dengan payung. Huhu. Untuk caj di sini, parking IDR 5,000 (RM1.60), sewa payung IDR 5,000 untuk 1 payung dan entrance fees domestik untuk 2 pax IDR 30,000 (RM9.58) Berjaya juga kami pujuk En Gundan untuk deal dapatkan harga entrance domestik.
Ini antara gambar menarik ketika di Prambanan. Candi ini pernah kena effect dari gempa bumi yg pernah terjadi di Jawa Tengah dulu dan menyebabkan beberapa struktur candi ini rosak.
Kalau di lihat gambar ini, ada banyak timbunan candi di hadapan sini kan ?
Kemudian, kami ke lokasi kedua iaitu Sultan Palace @ Kraton. Kami di caj entrance fees domestik untuk 2 pax IDR 30,000 (RM9.58) dan juga IDR 1,000 (RM0.32) untuk permit kamera. Apa yg menarik di sini, walaupun tempat ini di buka kepada umum realitinya Sultan Kraton masih menetap di istana ini. Cuma ada beberapa tempat yg di larang masuk pihak umum. Dalam ini, ada muzium yg memperlihatkan biography Sultan Kraton, barang-barangan tembikar dan perhiasan, muzium khas batik yg di canting oleh pelukis batik tersohor di sana yg corak batik ini hanya milik Sultan Kraton.
Selesai melihat kawasan di dalam Sultan Palace ini kami singgah di tempat T shirt yg customised. Namanya _______. Kalau di Bali , ia di gelar Joger. Oh ye, di Indonesia T Shirt ini di panggil kaos.
Enche Hubby belikan 4 helai T shirt yg menandakan signifikan Yogja dengan harga IDR 350, 000 (RM 111.86).
Kemudian, kami singgah di Blangkon. Kedai yg menjual barangan batik yg ekslusif. Enche Hubby beli songkok jawa batik yg berharga IDR35, 000 (RM11.18). Di Yogja, kalau kamu bertudung itu bukan lah suatu yg aneh di sini. Boleh di katakan ramai yg bertudung di sini dan sedikit sebanyak membuatkan saya rasa selesa. Kalau di Bali, sangat minor bg yg bertudung ini. Percentage untuk restaurant halal di sini lebih banyak dari di Bali.
Selesai sopinngg, kami ke destinasi terakhir iaitu Candi Borobudur. Tetapi, sebelum sampai di sana kami makan lunch di Sekar Kedhaton. Restoran ini sangat cantek bagi saya dan binaannya seprti di Bali . Pelayannya juga mesra dan berbudi bahasa. Dengan menu seperti gambar di bawah, kami bayar IDR 250, 000 (RM79.90) untuk makan bertiga. Sedap sangat makan disini.
Di restoran ini juga ada bangunan yg di beri nama Ansor Silver yg menjual barangan silver serta ada di tunjukkan pembikinan silver. Buatannya sangat halus dan harga pon not bad tetapi masih consider murah jika di bandingkan dengan harga silver di Malaysia .
Kami teruskan perjalanan ke Borobodur yg mengambil masa agak lama iaitu 30 minit kerana tempat candi popular di dunia ini agak ke dalam sedikit. Perjalanan kami melalui jalan yg kecil (kalau kat Malaysia , jalan kampung) yg di kiri kanan ada sawah padi yg menghijau. Hujan ketika ini sudah mula berhenti. Syukur.
Entrance fees di Borobudur IDR 190,000 (RM60.72) untuk 1 pax. Ini ialah harga international. Untuk di sini, kami tidak berjaya mendapatkan harga domestik. Parking fees ialah IDR 5, 000 (RM1.60) Panorama di Borobodur sgt magnificient and kami hampir tidak percaya yg kami berjaya juga ke sini. Sebelum masuk ke Borobudur, kami harus memakai pario khas yg di sediakan pihak Borobudur .Ini bagi menghormati kesucian candi ini. Untuk ke sana , kami perlu mendaki hampir 60 anak tangga ye.
Kemudian, baru sampai di sini.
Untuk lihat dalam candi, kami perlu mendaki tangga lagi. Oh bukan 60 anak tangga tadi. Penat ! Candi ini sangat besar dan saya kagum akan struktur pembinaannya.
Kami berdua sahaja yg masuk ke sini sebab torist guide (En Gundan) kami tidak mahu masuk sebab penat na mendaki anak tangga. Haha. Sila layan gambar kami ketika di Borobudur .
Dalam 530pm, kami turun dari candi ke exit entrance. En Gundan sudah menunggu kami di sana . Hujan turun dengan lebatnya, mujur kami sudah selesai pusing 1 candi. Kemudian, kami di hantar ke airport kembali. Untuk tour sebegini, kami di caj IDR 350, 000 (RM 111.868) termasuk sewa kereta, driver dan fuel. Yg lain iaitu parkir, entrace fees dan makan ialah tanggungan sendiri.
Check in. Bagi mengisi perut, kami makan di Malioboro Cafe di airport Yogja sebelum berlepas ke Bali semula. Trademark Yogja ialah nasi gudeg seperti gambar di bawah. Ini ialah nasi yg berlaukkan nangka muda yg agak manis bagi saya, di serve bersama telur rebus, tofu atau tempe dan juga sambal goreng krecek (pedas ok bagi saya).Overall, saya kurang gemar nasi gudeg sebab nangka muda manis itu.
Semua di atas ialah IDR 120, 000 (RM 38.35)
Souvenir popular di Yogja ialah Bak Pia. Akibat kesuntukan masa, saya ta punya masa untuk singgah beli Bak Pia dan rasa sendiri kesedapan desert ini.
Kami tinggalkan Yogja dalam hujan dan selamat tiba di Bali pada 1130malam. Flight delay sejam kerana di Yogja tadi ada latihan pesawat.
Masa untuk berehat.
Next entri - Hari ke enam di Bali .
No comments:
Post a Comment