3/3/2013.
Hari ke empat di mulakan dengan breakfast di hotel. Hari ini kami rehat dari sebarang aktiviti. Jadi, Enche Hubby cuma plan mahu berlibur saja. Senang, kami sewa motor (orang local memanggil speda) dengan harga IDR50,000 (RM15.98) untuk sehari. Kami sewa dengan pihak hotel. Jadi hotel arrangekan dengan pihak penyewa yg sudah liase dengan pemilik motor.
Round round keliling kota dan lepak di Kuta Beach pada pagi hari. Tengok pantai, ombak, para surfers dan ragam orang. Kemudian, jalan-jalan lagi. Ini antara pengalaman manis kami sebab di KL saya jarang sgt naik motor dengan Enche Hubby. Sekali saja pernah naik motor dengan dia. Hehe.
Kami lunch di Dulang Cafe yg berdekatan dengan Matahari department store. Cozy juga suasana di sini.
Menu kami :
*Sup Buntut Dulang (Oxtail Soup) - kalau di Malaysia ini di panggil sup ekor IDR 87,000 (RM27.80)
*Traditional Indonesian Chicken Curry IDR 67, 000 (RM21.41)
*Iced Chocolate IDR 35,000 (RM11.18)
Selesai makan, kami ke Kuta Art Market. Oh rupanya, di sini sama sahaja macam di Poppies Street cuma kedai yg menjual baju, beg dan cenderamata ini lagi banyak dari yg di luar.
Macam biasa, wajib pandai bargain di sini baru dapat harga yg munasabah. Seperti biasa, saya mana boleh balik dengan tangan kosong. Dapatla beli seluar dan baju di situ.
Kemudian, kami ke Matahari untuk beli T Shirt " I Love Bali " yg ada berbagai warna dan corak. Kalau di luar sana , kebanyakan T Shirt " I Love Bali " cuma warna hitam dan putih tetapi di sini saya punya banyak pilihan.
Kebetulan, ada diskaun dengan pembelian T Shirt " I Love Bali " yg berharga IDR 55, 900 (RM ) unuk sehelai. Jika beli dua dapat percuma sehelai lagi T Shirt " I Love Bali ". Dapatla saya beli 4 helai T Shirt " I Love Bali " dan dapat 2 helai T Shirt " I Love Bali " percuma. Total yg di bayar untuk kesemua T Shirt " I Love Bali " IDR 223, 600 (RM71.46).
Enche Hubby bawa jalan - jalan lagi dengan motor. Pusing bandar dan kami ke Legian sebab saya berkenan 1 beg leather yg ada di kedai Legian. Kami singgah di kedai beg dan saya dapat 2 beg leather dengan harga IDR 600, 000 (RM191.77)
Senyum simpul dapat beg baru.
Hampir maghrib, pulang ke hotel. Mandi pool dan rehat.
Sambung hari ke 5 pula next entri.
No comments:
Post a Comment