Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Saturday, 23 March 2013

Beautiful Bali - Day 3


2/3/2013.


Hari ketiga kami di Bali. Breakfast dulu sebelum keluar untuk aktiviti hari ini.






Oh ye, lupa pula untuk saya selitkan perihal bekas kecil yang dijalin tangan ini digunakan untuk acara penyembahan. Jangan tergejut kalau kamu lihat bekas jalinan tangan ini ada di merata-rata tempat.
Saya dapati, bekas kecil ini dapat dilihat di mana-mana sahaja. Ada yang diletakkan di bahagian depan rumah, di kedai-kedai dan juga di sisi kaki lima. Barang-barang yang diletakkan di dalam bekas kecil itu bergantung kepada mereka yang melakukan penyembahan itu. Di hotel yg kami diami juga ada bekas kecil ini berhampiran cafe hotel.




Dalam 917am, Alex datang jemput kami di hotel untuk bawa keluar. Dari Legian kami ke Bedugul yg mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai.
Perjalanan ke sini agak sejuk cuacanya persis di Cameron Highland. Barangkali kerana kedudukan tempat ini yg agak tinggi dari tempat lain.









Sampai saja di Ulun Danu & Lake Beratan kami di kenakan caj IDR10,000 (RM3.19) untuk entrance fees dan juga IDR 5,000 (RM1.60) untuk parking fees. Kawasan ini adalah tempat beribadat untuk keluarga diraja dan ia masih digunakan. Ada juga kami lihat pasangan pengantin yg ambil gambar outdoor di sini.




Teruja pula tengok bunga Hydrangea yang selalu digunakan untuk hiasan di majlis perkahwinan tumbuh melata di taman temple ini.Di sini juga ada kedai yg menjual barangan souvenir seperti baju, beg sandang dan beberapa barangan lain yg bercirikan Bali. Kami habiskan banyak masa di sini sebab udaranya sejuk. Hihi









Kemudian, kami ke Tanah Lot Temple. Perjalanan ke sini dari Ulun Danu & Lake Beratan tadi kira-kira 1 jam 30 minit. Cuaca di sini berbeza dari tempat tadi.
Panas ok ! Untuk entrance fees, kami bayar IDR 25,000 (RM7.99). Sebelum masuk ke Tanah Lot, ada banyak kedai yg menjual barangan menarik yg boleh di jadikan cenderamata.
Dapatla saya sambar gelang manik ini yg cuma berharga RM3.19. Kalau di Malaysia, mau cecah RM15 ke atas kalau yg ini:



Sewaktu kami datang, air pasang dan kami tidak dapat ke Tanah Lot temple. Jadi cuma dapat tangkap gambar dari jauh la.














Sebab panas sgt, kami lepak minum air kelapa yg ada di cafe atas. Ini harganya IDR 50,000 (RM15.97) untuk 2 org.






Sebelum balik hotel, kami makan dinner di tempat makan yg saya rasa sedap sgttttt !! Kenapala kat Malaysia ta ade kedai ini. Namanya Mbok Limbok.
Menu yg besh kat sini ialah ayam kremesnya. Memang terbaek laa. Kami habeskan IDR133,00 (RM42.49) untuk 3 org makan. Ini kali kedua kami makan di Mbok Limbok, hari semalam pon kami sudah makan di sini jugak. Lokasi Mbok Limbok ini sangat dekat dengan hotel Gosyen ye. Lebih kurang dalam 10 minit je.





 : : bukti kesedapan, sampai licin ! : :


Badan penat, perut kenyang. Masa untuk rehat !


Sambung Day 4 nanti ye !

No comments:

Post a Comment