Enche Hubby seperti biasa akan bangun awal dari saya. Hehehe. Cuace cantek di hari kedua. Kami masih belum tetapkan apa-apa aktiviti yg fixed hari ni. Oh ye, hari ini kami akan check out dari hotel ini dan stay di hotel yg sudah kami booking dengan agoda. Sementara menunggu waktu check out, kami berjalan kaki ke luar dari hotel sehingga la kami sampai ke pantai Kuta.
Di sini, sibuk dengan aktiviti surfing dan ada juga yg cuma mandi manda di pantai Kuta. Bg saya, pantainya tidakla secantik mana. Pantai di Redang lagi lawaaaa dari Pantai Kuta. Dapatla saya lihat Hard Rock Cafe Bali depan mata. Huhu. Trademark Bali. Apa yg saya lihat,kalau ke Bali mesti ramai yg tangkap gambar di sini.
: : nampak kan ombak besar
tu : :
: surfers board yg siap ada Malaysian flag,
bangga kan? : :
Jadi, kami breakfast di Mc D saje la.
Menu ada sedikit berbeza la dari Mc D di Malaysia.
Kami habiskan IDR63,000 (RM 20.13) untuk breakfast pertama kami di Bali.
Kemudian kami menuruti jalan ke hotel kembali. Untuk pengetahuan korang, untuk ke hotel kami perlu melalui Poppies Street yg saya kira nama yg di kenali di Bali. Di sini punya banyak deretan kedai yg menjual baju, beg, sandal dan macam-macam lagi brg yg sesuai di jadikan souvenir. Tp bagi sy agak mahal sedikit. Kat sini bukan hanya ada kedai jual barang, tetapi ada juga cafe, hotel, kedai Circle K (kat msia 7 Eleven), internet cafe, laundry shop, money exchange pon ada ok! Eh lengkap juga la dalam Poppies Street neh.
Kami check out dari Pondok Batu Selem pada pukul 1ptg. Kami di bawa oleh Alex (tourist guide kami) ke Legian untuk check in hotel Gosyen. Alex ini merupakan kawan Ali Topan.
Hotel Gosyen ini moden dari segi binaannya dan kurang ciri Balinya. Di sini, cuma RM104 (deluxe with breakfast) untuk semalaman. Not bad kan.
Ini antara gambar di hotel tesebut;
Selesai saja letak barang di bilik, kami terus keluar untuk aktiviti pertama kami.
Alex bawa kami ke Garuda Wisnu Kencana (GWK). Terletak di daerah Ungasan, Kuta Selatan. Perjalanan dari hotel kami ke sana mengambil masa hampir 30 minit. Yg best tentang Alex ini, dia memang sentiasa berusaha untuk buat kami bayar entrance fees itu dengan harga domestik. Almaklumlah, entrance fees untuk international kan agak mahal dan beza berganda dr harga domestik. Untuk entrance fees ke GWK kami di kenakan caj IDR60,000 (RM19.17) untuk 2 orang berbeza dengan international entrance fees iaitu IDR60,000 (RM19.17) untuk seorang sahaja.
So, layanla antara beberapa keping gmbr menarik kat GWK ni:
Selesai je rasa berjimba di sini, kami di bawa Alex ke Dreamland. Ini ialah pantai yg ada di Bali. Entrance fees untuk kes sini ialah IDR 15,000 (RM4.79) merangkumi harga untuk shuttle van untuk bawa kami dari tempang parking ke pantai. Ini pengangkutan yg di gunakan untuk ke pantai kerana Dreamland ini agak jauh ye dari tempat parking. Orang local memanggil ngodong-ngodong untuk shuttle van ini.
Ini la ngondong - ngondong tersebut:
Apa yg menarik di Dreamland? Macam biasa, tempat surfers sebab di Bali pantainya berombak besar.
Ok layan gambar gedik kami semasa kami di Dreamland:
Kemudian, kami bergerak ke Uluwatu. Ketika kami sampai di sana, jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Untukduit parking kami bayar IDR2000 (RMM0.64) dan untuk entrance fees kami di caj IDR 15,000 (RM4.79) untuk 2 pax.
Untuk melihat kecak dance kami di kenakan bayaran IDR 140,000 (RM44.73)untuk 2 pax. Ini bersamaan RM22.36 untuk sorang. Tapi, saya agak frust sebab ta dapat tangkap gambar sunset ketika di sini kerana tarian Kecak Dance itu di lakukan waktu sunset. Jadi, ta ada la gmbr kami di cliff yg popular tu.
**Kecak dance itu tarian antara Ramayana, Sita dan Laksamana. Briefly, tarian ini macam lakonan kembali bagaimana kisah Sita di culik dan di selamatkan kembali. Uniknya, tarian ini cuma menggunakan tenaga 70 orang penari lelaki yg duduk mengelilingi unggun api.
Persembahan Kecak Dance berakhir kira - kira pada pukul 740pm. Jadi, kami di bawa Alex ke destinasi terkahir kami untuk hari ini iaitu ke Jimbaran Bay Seafood. Tempat ni macam kat Bagan Lalang kalau kat Malaysia sbb main coursemeal ialah seafood. Istimewanya, kami dapat romantic dinner seafood. Makan menghadap laut waktu malam.
Tempat dining kami pun special ye. Sebab ini termasuk dalam pakej honeymoon di situ.
Antara lauk pilihan kami ialah :
*kepah
*sotong goreng tepung
*king prawn
*sayur kangkung
*sotong sweet sour
Total kesemuanya ialah IDR
692,750 (RM221.33)
: : ini unexpected, sebab
kami sendiri ta sangka ada band kat pantai neh – siap dendangkan lagu ketika
kami makan : :
Perut kenyang, hari makin lewat. Masa untuk pulang.
Sambung Day 3 pulak ye nanti !
No comments:
Post a Comment