Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Monday, 25 March 2013

Beautiful Bali - Day 5


4/3/2013


Hari ke lima di lalui di Bali tanpa ada sebarang aktiviti khusus. Breakfast seperti kebiasan. Saya suka dengan staff hotel di sini sebab semua pon mesra dan baik - baik.
Banyak yg membantu kami.



Memandangkan banyak baju kotor kami yg terkumpul selama beberapa hari, kami hantar ke Ausie Laundry. Bukan tidak mahu laundry di hotel, tp harganya mahal sedikit dari laundry di luar.
Dengan jumlah baju kotor yg kami kumpulkan untuk 3 hari, kami hanya di kenakan caj IDR37,100 (RM11.90). Hilang rasa serabut bila tengok baju kotor sudah mula berkurangan.



Selesai menghantar baju kotor, kami round-round di Legian dan Kuta. Legian punya banyak club malam di kiri kanan jalan. Di sini banyak jalan sehala dan hon kerap di gunakan. Kalau di Malaysia, hon sangat jarang di gunakan tetapi di sini sana sini hon.Bingit dan kadangkala tergejut juga saya di buatnya. Di Legian ini pernah terjadi insiden dahsyat yg menggemparkan dunia iaitu kisah pengebomam di Bali .
Saya melalui jalan tersebut dan mendapati bekas club terbabit telah di jadikan tampat parkir sahaja dan di seberang jalan ada monumen yg didirikan khas bagi memperingati tragedi berdarah yg banyak mengorbankan nyawa tersebut.

inilah monumen tersebut







Kami ke Krishna - Mall yg banyak menjual barangan souvenir yg jauh lebih murah dari tempat di luar.
Ada di sediakan juga perkhidmatan packing barang yg di caj IDR5,000 (RM1.60) sahaja. Jadi, senang saja untuk di bawa naik ke kargo bila bungkusan kotak di bungkus rapi.Dan bila di sini, ta sah kalau saya tidak keluarkan duit lagi membeli barangan souvenir. Hehe.



Kami singgah di Nasi Pecel Bu Tinuk yg popular juga di kalangan muslim restaurant di sini. Ada banyak variety untuk lauk-lauknya.Tapi, kami ke sini cuma untuk menghilangkan dahaga saja. Teh botol dan jus epal merah cuma IDR 14,000 (RM4.47)Di luar restaurant ada seorang ibu dan anak sedang meminta ehsan dari kami yg membuatkan kami rasa kurang selesa dan Enche Hubby ignore kan saja.
Di Bali, kalau kamu tidak suka dan tidak mahu terus terang sahaja dengan mereka.
Di Malaysia, kita terlalu berbudi bahasa dan selalu menggunakan "Nanti la ye.." tetapi di Bali di nasihatkan untuk berkeras kerana jika kamu menggunakan "Nanti la ye.." penjual ataupun peminta sedekah di situ akan terus mengejar kamu tanpa putus asa.







Perut pun sudah berkeroncong, kami ke Nasi Alas Daun untuk mencuba menu yg ada di situ. Pada mulanya kami ke Dewata Centre, Jalan Teuku Omar hasil dari carian di gugel tapi rupanya restaurant di situ sudah lama tutup.
Penjaga perkir di situ memberitahu restaurant ini sudah lama berpindah ke lokasi baru iaitu di Jalan Dewi Sri. Dengan GPS di handphone Enche Hubby maka dapat juga kami jumpa restaurant terbabit.
Rupanya sehala dengan hotel yg kami diami sekarang. Cuma 15 minit untuk ke sini.

kami ke restaurant yg lama di sini, rupanya da lama tutup.

Ini antara menu yg ada di Nasi Alas Daun. Mendengarkan namanya saja, kamu sudah boleh pikirkan yg ianya menggunakan daun pisang sebagai alas. Kami habiskan IDR 83, 000 (RM26.52) untuk makan tengahari di sini.

























Memandangkan cuaca agak panas, kami pulang ke hotel untuk sejukkan badan. Lupa pulak, cuaca di Bali lagi panas ye dari di Malaysia . Kalau datang ke sini, elokla membawa pakaian yg bersesuaian dan boleh menyerap peluh.


Petangnya, kami ke Kuta Beach . Plannya mahu lihat sunset di sini. Jadi, ini pemandangan petang di Kuta Beach . Oh ye, untuk parking motor di kenakan IDR 1000 (RM0.32).
Di Kuta Beach, macam-macam yg menjual di sini. Ada jual aiskrim, massage, air, dreadlock rambut, pario eh macam-macam la lagi sampai penat na melayan mereka yg gigih menjual di Kuta Beach .











Untuk makan malam, saya dan Enche Hubby sekali lagi ke Mbok Limbok. Hehe. Menu yg sama untuk makan berdua kami habiskan IDR 85, 000 (RM27.16)



Selesai makan, hujan pun turun. Tunggu hujan reda, kami pulang ke hotel. Harus tidur awal sebab pagi esok mahu ke Yogja.


Tunggu entri berikutnya ok !

No comments:

Post a Comment