7/3/2013. Hari ke 8 di Bali .
Phew. Lama kan kami kat sini? Aktiviti kami di mulakan dengan breakfast di hotel. Specialnya breakfast di sini ialah hidangan breakfast di hantar ke bilik.
Jadi, lain sgt kami rasa. Ye la, selalunya kena ke cafe untuk breakfast.
So, dapatla breakfast berdua sambil menghadap sawah padi yg menghijau.
Selesai breakfast,kami keluar ke bandar Ubud. Enche Hubby mahu ke Puri Saren Palace yg terletak betul-betul di bandar dan dekat sgt dgn Ubud Market.
Pada mulanya, kami kurang pasti mana la Puri Saren Palace ini tetapi setelah bertanyakan dengan pegawai polis yg ada di situ rupanya dekat sgt dengan tempat polis tersebut.
Kerana jalan di situ ialah jalan one way, maka Enche Hubby dengan selambanya merentang jalan tersebut untuk bertanyakan dengan pegawai polis terbabit di manakah Puri Saren Palace .
Barangkali polis tersebut fikirkan kami orang local maka di cabutnya kunci motor kami.
Tergejut juga kami.
Polis : Mana sira kamu?
Kami : Sira? Apa itu?
Polis : Sira? Kamu ngak tahu?
Kami tunjukkan surat sewa motor.
Polis : Apa ini? Mana sira kau?
Kami : Maaf Pak, kami tataw.
Enche Hubby keluarkan lesen, tunjuk pada dia.
Polis : Oh dari Malaysia?
Kami : Iye. Maaf pak, di mana ye Puri Saren Palace? Kami mahu ke sana tapi tak pasti jalannya.
Polis : Itu, di sebelah jalan saja (sambil tunjukkan jalan ke Puri Saren Palace) tapi lain kali jangan buat begini (lawan arus jalan sehala)
Kami : Maaf pak, kami tataw.
Polis : Kerja apa di Malaysia?
Kami : Kerja Telekom, yg bikin talian telefon.
Polis : Ohh... (sambil senyum)
Kami : Terima kasih ye pak. (berlalu pergi)
Biar saya revealkan apa yg ada di Puri Saren Palace ini. Bolehla di lihat dari gambar di bawah ini, tempatnya tidakla terlalu besar malah tiada di kenakan entrance fees.
Selesai berlegar di dalam Puri Saren Palace, kami berjalan ke Ubud Art Market yg berhampiran. Motor kami parking di hadapan pasar tersebut. Standard harga parking motor ialah IDR 1,000 (RM0.32).
Lupa untuk saya selitkan, di Ubud terlalu banyak anjing. Adoi, saya memang tataw and ta pernah pula ada yg cerita dengan saya keadaan di Ubud.
Ini antara barangan yg ada di Ubud Art Market:
*bekas ceramic ini cuma IDR 100, 000 (RM )
*bekas ini IDR 70, 000 (RM ) untuk 1 dapatla kami letak sudu garfu dalam ini.
*saya beli blusher (orang local panggil blush on) IDR 40,000 dan bedak kompak Le Tulip yg di katakan lagi ok dari Pixie IDR IDR 55,000 ( RM)
Hujan pula ketika kami di Ubud Art Market. Bila hujan reda, kami makan lunch di Nasi Padang (Sumber Hidup) yg ada di bandar Ubud yg berdekatan.
Menu ini kami abeskan IDR 66, 000 (RM 21.03)
Petangnya, Enche Hubby bawa jalan - jalan dan dek kerana saya mengidam na rasa pisang keju special maka kami pon gigihla mencari.Ada 1 warung neh,yg atas sedikit dari hotel kami ada menjual pisang goreng keju special dengan harga IDR 7, 000 (RM 2.23) Pisang ini di sediakan di dalam 1 bekas plastik yg memuatkan 8 ketul pisang yg di salut bersama susu, chocolate rice,
Tergejut juga saya tengok sebab pisang keju special ini sangat mewah dengan benda yg sweets ok !