Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Tuesday, 10 February 2015

Loveable Lombok (Day 3)

01/02/2015

Hari ini hari istimewa bagi kami berdua sebab hari wedding anniversary kami yang ke 2. So hari ni, tak ada aktiviti khusus la memandangkan permintaan suami yang cuma mahu berehat di hotel saja. Lagipun hari ini kami akan bertukar hotel.

Pagi di mulai dengan breakfast di hotel. Menu pun bertukar kat sini dan variety. Selesai makan pagi, kami berjalan di sekitar kawasan hotel dan kemudian mandi pool.


my kesayangan dah bangun untuk breakfast.


desert corner.











Selesai aktiviti mandi pool, kami berkemas dan check out hotel Living Asia . Sambil menunggu Pak Juaini datang (sebab kami check out awal dalam 1130am) sempatlah tangkap gambar kat lobi hotel pula.







Dalam pukul 12, Pak Juaini sampai ke hotel. Kami di bawa untuk makan lunch kat area Senggigi juga iaitu di Yessy Cafe. Untuk pengetahuan, kami memang amek pakej grand tour di Lombok untuk menyenangkan pihak kami so that kami tak perlulah nak cari tempat makan semua memandangkan dengan bawa baby lagi. Bila ada tour camni cuma bagitahu je hendak ke mana nanti akan di setelkan oleh Pak Juaini.





Ini antara menu yang di sediakan di Yessy Cafe untuk kami :


sedap, esp kuah dia..tekstur kuah satay dia memang lembut yang amat.

signature Lombok, sayur kangkung di mana - mana.

tempe dia pun terbaikkkk...lain rasanya dari tempe kita.

Setel makan lunch, atas permintaan saya untuk beli souvenir, Pak Juaini bawa kami ke Lombok Eksotik yang terletak di bandar Ampenan. Kat sini T shirt Lombok di jual dengan harga yang berpatutan. Puas hati sangat dengan rekaan baju yang ada. Bukan tipikal baju yang di jual di tepi jalan. Lombok Eksotik ini ada 2 iaitu di Ampenan dan Senggigi. Kalu datang ke Lombok , silalah ke sini sebab T shirt dia memang sangat berkualiti dan murah (dalam lingkungan harga Rp25,000 kalau T Shirt I Love Lombok)


hah cam gitu logonya,,lombok ni diaorang cakap maksudnya cabai. Huhu


kami pun di bawa ke hotel baru iaitu The Chandi Boutique Hotel and Spa yang terletak di Senggigi. Hotel ini mahal sedikit la dari hotel Living Asia. Kami di sambut oleh staff hotel dan di beri penerangan serba sedikit mengenai hotel ini.



deco kat lobi hotel.

romantic dinner di hotel.


Untuk hotel ini, kami book Deluxe Ocean View Villa dan di beri bilik bernombor 108. Babycots pun di sediakan sebab request untuk baby Chempaka Nadhrah na tidur. Bilik kami berdekatan dengan pool dan beach. Ini pemandangan dari hadapan bilik kami.

inilah villa kami untuk 3D2N.
beranda kami.

kami dengan deco katil, tengokla baby Chempaka tu..hish geram betul buat perangai.


                              
Dalam bilik hotel:





konsep open bathroom lagi.




Persekitaran hotel:


Di sebabkan hari ini just chillax je, jadi kami mandi pool dan relax je la kat hotel. Layan sunset sikit.

ok da siap pakai Swimzip..masa untuk mandi pool



father daughter bonding time.








Di sebelah kawasan hotel ini terletaknya public beach. So tak berapa privacy la untuk price yang di bayar tu kan . Kat hotel ni pun boleh di katakan majoritinya orang mat salleh la dan banyak yang buat hal sendiri. Kalau di Living Asia , even mat salleh dia pun memang friendly.



Di kawasan pantai depan hotel ni, ada juga seorang dua yang menjual T shirt Lombok dan yang berkaitan Lombok . Bagi saya macam nuisance sikit la kadang-kadang tu. Memandangkan lokasi hotel ini berdekatan dengan main road, kadang-kadang tu ada juga dengar bunyi motor, kereta, dan macam - macam pengangkutan yang lalu di jalan tu. Especially bila time mandi kat bilik hotel tu yang open air.



Memandangkan kami sudah book romantic dinner di hotel (di bayar pada pihak hotel Rp 1,100,000) meja kami di setup oleh pihak hotel di tempat khas.




Ini menunya :


Amuse Bouche



Beef Carpaccio (Beef Tenderloin, Truffles Oil, Baby Vegetables and Balsamic house dressing)

Desert : Raspberry in Chocolate Mousse

Bali Ocean Lobster ( Baked Potato, Sauteed Bok Choy and Vegetables, with Pinot Noir Reduction)



                     Nory Soup ( Mixed Seafood and Young Coconut Tonic)

Cleanser.








Pada masa kami sampai di meja dinner, baby Chempaka Nadhrah mengantuk dan macam biasalah merengek nak tidur. Jadi enche suami tidurkan dia di dalam bilik. Setiap 10 minit kami akan ke take caj untuk ke bilik untuk memantau keadaan dia. Manalah tahu tengah makan dia menangis ke dalam bilik. Kebetulan staff yang served dinner kami tu tengok macam kesian je sebab kena ulang alik ke bilik, jadi dia minta tolong guard untuk jagakan dan pantau di sekitar kawasan bilik kami. Kalau terdengar baby menangis dia akan maklumkan pada staff tersebut melalui walkie talkie.
Dapatla kami makan dengan aman. Hihi







No comments:

Post a Comment