30/01/2015
Flight kami ke Lombok pada 30/01/2015 835am dari KLIA2 mengambil masa kira-kira 2 jam setengah untuk sampai ke destinasi percutian pilihan kami untuk kali ini. Buat masa ini, hanya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia sahaja yang menyediakan penerbangan ke Lombok . Setibanya kami di Bandara Internasional Lombok (BIL) iaitu kira-kira jam 1215pm kami di sambut oleh Pak Juandi dari Lombok Click Holidays. BIL tidaklah begitu besar namun saya kira cukup untuk menampung kedatangan pelancong ke sini pada satu-satu masa.
Kami di bawa ke Lesehen Taliwang Irama yang terletak di Mataram. Signature dishnya ialah Ayam Taliwang yang super sedap kat sini. Menurut Pak Juandi, nama Taliwang itu sebenarnya nama tempat di situ. Ayam Taliwang ini lebih kepada ayam kampung. Memandangkan kami memilih pakej untuk tour kali ini, jadi semua destinasi untuk lunch dan dinner telah di sediakan oleh pihak Lombok Click Holidays.
Ini lah dia ayam taliwang itu.
|
pelecing kangkung |
|
inilah dia hero masakan di sini - Ayam Taliwang. |
Untuk rujukan lanjut boleh lewati website http://taliwangirama.com/
|
kalau di Malaysia, di sebut sekolah memandu tapi di sini macam tu lah rupanya kereta sekolah memandu. |
Selesai sahaja makan, kami gerak ke hotel untuk check in. Hotel pilihan kami untuk kali ini ialah Hotel Living Asia yang terletak di daerah Senggigi. Kira – kira sejam perjalanan dari Mataram ke Senggigi.
Sebaik tiba ke hotel, kami di sambut oleh penyambut tetamu mereka. Hotel ini memang cantik dan nampak mewah. Kemas je garden dia. Memandangkan bilik kami mengadap laut, jadi jauh sikit la dari lobi utama. Kena berjalan merentasi garden dan bilik – bilik yang mengadap garden, melewati private pool villa di sebelah kanan dan beberapa bilik lagi. Hujung sana bilik kami yang facing pool dan laut. Seronok sangat bila masuk bilik tu sebab superb.
|
welcome drink |
Ni antara deco yang ada di hotel ini :
|
di beri penerangan serba sedikit tentang hotel ini. |
|
antara villa yang ada di sini. |
|
bar hotel - sebelah pool je, dan ada complimentary tea and coffee on 4pm - 5pm setaip hari. |
Inilah villa kami :
|
open air bathroom tu, experience hotel life yang baru untuk kami. |
|
di sebabkan celeb wedding anniversary, jadi hotel deco kan katil macam ni. |
|
kat hotel ini cuma ada 2 villa ocean view. |
Pantai di hotel ini agak privacy sedikit, dan pasirnya sedikit hitam namun warna air lautnya cantik. Kalau tengok sekilas mesti fakir macam kat PD, tapi hakikatnya ini lagi better la dari PD tu. Memandangkan baru je sampai dan sedikit kepenatan, maka aktiviti libur saja di hotel. Enche suami melayan karenah anak nya sambil mandi pool.
|
inilah rupa Pantai Senggigi, pasirnya gelap namun air lautnya cantik dan masih lagi biru. |
Malamnya, kami di jemput ole Pak Juandi untuk ke Salsa Restaurant yang terletak di Senggigi juga. Kebetulan ketika kami sampai, memang tiada orang sebab saya di maklumkan yang waktu operasi restaurant ini sehingga 8 malam. Ketika kami sampai sudah lebih dari pukul 8 malam sebab hujan semasa di hotel tadi. Tapi agak terharu jugakla bila tengok diaorang sedia menunggu kitaorang. : ) Pelayan di restaurant ini memang peramah dan helpful. Pendek kata puas hati la dengan layanan dari diaorang. Kami di sediakan hidangan ini :
Saya kira sup jagung muda ini sangat rare tapi sedapppp nye.
|
sup jagung muda. |
|
pelecing kangkung - kata Pak Juaini ini antara menu tersedap kat restaurant ini. |
|
ikan kakap goreng. |
|
udang goreng tepung. |
|
enche suami dan baby Chempaka sedang menikmati makan malam. |
Selesai sahaja makan, kami di hantar pulang ke hotel untuk istirehat dan bersiap untuk aktiviti hari esoknya.
p/s : Kalau ingin ke Lombok, elakkan datang bulan 1 - 2 sebab monsoon dan ombak agak ganas la. Kitaorang langsung ta dapat mandi laut yang depan hotel sebab da di naikkan bendera merah.
No comments:
Post a Comment