31/01/2015
Kami mulakan hari kedua ini dengan breakfast di hotel.
Saya suka sangat cafe diaorang sebab berdekatan dengan pantai. Makanan pun
sedap dan memang stok 5 star la dengan kualiti yang tersendiri. Sambil
breakfast boleh la menikmati deruan ombak yang menghempas pantai tu.
Persekitaran hotel ini memang kemas dan bersihla kecuali kat padang yang dekat
dengan lobi hotel tu ada la kemuncup sikit. Staff hotel pun ok, mesra dan
helpful betul.
father daughter session. |
desert corner. |
pilihan breakfast ku. |
kami. |
Layan dulu gambar pantai dalam kawasan hotel ini :
Selesai
je breakfast, kami di bawa Pak Juani ke Pantai Pink, yang terletak di Lombok
Timur. Kalau ikutkan plan asal, patutnya hari kedua kami akan habiskan masa di
Pulau Gili. Tetapi sebabkan ombak agak besar dan memandangkan kami bawa baby
terpaksalah rancangan itu di batalkan. Mungkin kami perlu ke Lombok sekali lagi
dan explore Lombok iaitu Pulau Gili sehabisnya. Jadi kami teruskan perjalanan
ke Pantai Pink yang mengambil masa kira-kira 3 jam dari Senggigi. Jauh kan ?
antara scenery di jalanan Lombok. |
ini antara pengangkutan yg di gunakan untuk ke pasar. |
Memandangkan di Pantai Pink itu tidak ada restoren, maka
kami ke sini untuk tapau makanan untuk di bawa ke sana. Di sini pon ada ayam
taliwang tapi menu dia versi ayam taliwang pedas la. Berapi mulut rasa bila
makan sebab saya memang kurang gemar makan pedas – pedas.
Untuk ke
Pantai Pink separuh jalannya agak rosak dan kurang selesa.
Ok dah
selamat tiba di Pantai Pink. Kena bayar Rp10,000 untuk parking di dalam ini.
Menurut Pak Juani tujuan bayar ialah untuk menolong contribute simen jalan ke
Pantai Pink. Sebab kalau di lihat memang Pantai ini agak jauh ke dalam lepas
bayar duit tadi. Sampai je kat Pantai Pink tengok tak ramai orang dan scenery
nya memang lawaaaa. Kalau tengok terus memang tak nampak sangat pink tu, tapi
kena tengok dari gigi air barulah nampak pink tu.
Kat sini ada beberapa warung yang di buka untuk makan dan
minum. Kebanyakannya di perbuat dari buluh.
Ni antara
scenery di Pantai Pink.
Kami di atas ni tak lama sebab tetiba hujan turun dan kena
cepat-cepat turun. Rezeki sampai sini je Allah bagi. Bergerak ke kereta dan
terus pulang. Dinner pun kami bungkus je dari Furama
Senggigi Restaurant. Ini restaurant seafood dengan harga yang berpatutan.
Balik
hotel dengan hujan yang renyai, tidurkan baby dan kami makan malam dengan di
temani hujan serta deruan ombak pantai di hadapan bilik kami.
No comments:
Post a Comment