02/02/2015
Hari ke empat kami di mulakan dengan breakfast di hotel The Chandi. Menu di sediakan ala carte. Means pilih menu yang di inginkan melalui checklist (air, main menu, buah, choice of eggs) dan breakfast akan di sediakan oleh chef panas - panas.
Macam biasa, makan pagi sambil tengok view laut.
Ini antara menu yang jadi pilhan kami :
|
ada Egg Benedict kau dalam menu dia...curlasss |
Selesai breakfast, kami di jemput Pak Juani untuk ke destinasi jalan-jalan kami iaitu ke Selatan Kuta, Lombok yang mengambil masa kira - kira 1 setengah jam untuk ke sini. Selatan Kuta ni memang banyak pantai yang lawa - lawa. Kebanyakan pasir pantai di sini memang warna putih.
Sebelum ke pantai, kami lunch di sini. Ini termasuk dalam harga pakej. Menu yang di beri ialah :
|
sayur kangkung lagi... |
Kemudian, selesai lunch kami ke Pantai Mawun. Jalan untuk ke sini sempit jugak la tapi tak banyak kereta. Dalam setengah jam baru sampai ke sini dari restaurant tadi. Ini antara view kat Mawun Beach :
|
hampir sampai ke destinasi |
Kesimpulannya, pantai ni memang lawaaaa sebab saya rasa kat Malaysia memang ta ada view cenggini. Tekstur pasir dia pon smooth dan kecil la. Saya ta mandi pun kat sini sebab ta ada fasiliti tukar baju. Leceh la.
Kemudian, kami ke Pantai Selong Belanak. Dalam perjalanan ke sini, memang banyak kali kami terserempak dengan mat dan minah salleh naik motor untuk ke pantai yang sama. Pak Juani cakap, pantai ni memang femes di kalangan orang bulih-bulih (loghat bahasa sana merujuk kepada foreigners). Panas yang amat kat sini mungkin sebab time kami sampai kat pantai tu tengah meremang. Kat sini banyakla warung yang jual air kelapa dan boleh la na duduk lepak-lepak. Cuma yang ta besh tu, kat pantai ni seat yang di letakkan untuk santai tidur tu diaorg caj. Ta pastila caj berapa, sebab Enche Suami saya tu ta bagi saya dok kat kerusi situ.
|
introducing Selong Belanak beach |
Kebetulan masa lepak tu, ada lah terjumpa 3 family dari Malaysia yang datang bercuti jugak. Hahaha. Tapi, kami lupa nak ambil gambar bersama sebab baby Chempaka Nadhrah buat hal maybe sebab panas kot.
Kat pantai ni ramai surfers la. Pantai ni pun luas je. Scenery dia memang superb la.
Dalam setengah jam kami kat sini, pastu kami pun berangkat ke kereta dan mahu pulang. Kami di hantar pulang ke hotel oleh Pak Juaini. Malamnya dalam 730pm kami di jemput untuk dinner di Furama Senggigi. Restaurant ni menyediakan hidangan seafood tepi pantai. Kalau pernah ke Bali, suasananya sedikit seperti di Jimbaran.
Selesai makan, saya ajak Pak Juaini ke Lombok Eksotik di Senggigi sebab saya na top up barang souvenir untuk di bawa pulang. Setelah itu kami balik ke hotel, packing sebab esok mau pulanggg. *sedih*