Jeng jeng jeng.
Pada 30/1/2016 yang lalu, kami ke Maldives bagi meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 3. Pemergian kami ke sana ialah tanpa Cik Chempaka sayang sebab memikirkan agak leceh untuk naik public feri dan speed boat kalau bawak dia. Nasibla burn RM100 je tiket dia.
Kami ke sana dengan Air Asia yang direct dari KUL ke Male (MLE). Nasibla slot AA waktu malam ye untuk pergi dan balik, jadi tak dapat la nak berangan tengok pulau-pulau di Maldives ni dari awan biru.
Visa untuk masuk ke Maldives, sama macam masuk Indonesia. Isi dalam form dan nanti sampai baru bagi kat imigresen sana. |
first time order makanan AA pre -book sebab risau tak de jumpa kedai makan kat area hotel. |
Bukhara Briyani. |
Kami tiba di Ibrahim Nasir Airport pada pukul 840pm. Agak lama juga la plane kami berlegar-legar di ruang udara sebelum dapat landing masa hari tu. Sebelum landing, salah satu requirement pihak Health Department of Maldives seluruh isi plane wajib di sembur dengan spray ye (spray ubat rasanya). Bila dapat landing tu, syukur sangat. Holiday mood is on bak kata orang.
Sebelum datang ke Maldives, saya dah PM pihak hotel kami untuk ambil kami kat airport. Jadi bila sampai, kami di ambil oleh pihak hotel berserta dengan guest yang lain. Hotel caj USD 8 untuk trip ini.
Di beri jus orange sebaik tiba di hotel di area Hulhulmale. |
Masa book kami pilih Eureka Airport Inn, inilah hotel nya tapi ntah macam mana maybe bilik penuh kot jadi kami di bawa ke hotel sebelah yang namanya Planktons Beach. |
Ni rupa dalam hotel tu - Planktons Beach. |
Kecik sedikit biliknya, tapi selesa la. |
Di Hulhulmale (pulau di mana terletaknya airport dan juga kebanyakan hotel transit) angin laut dia memang kuat dan sejuk je rasa kat sini. Ada info yang saya dapat mengatakan Hulhulmale ni pulau buatan orang. Apabila kami dah check in, letak barang dalam bilik kami ambil kesempatan berjalan di sekitar kawasan hotel ni. Dapat la tengok serba sedikit face of Maldives dari sisi yang lain. Kalau orang datang Maldives sure tahu trademark Maldives iaitu overwater villa diaorang tapi trip kami ni, kami cuba mixed kan semua.
Nanti saya share post seterusnya.
No comments:
Post a Comment