Nama hotel transit tu.
Di Hulhulmale ni, pantai nya bersih. Cantik la walaupun cuma kat airport je. Hulhulmale ni tempat di mana airport Ibrahim Nasir terletak ye. Bandar Male pula terletak di pulau yang berlainan. Kalau hendak ke Male, kena naik boat selama 20 minit baru sampai ke capital city of Male.
|
Jalan-jalan sekitar hotel. |
|
pantai Hulhulmale dengan pasir putihnya. |
|
Pantai Hulhulmale yang honestly cantik dan jernih airnya. Kat sini leh tengok banyak seaplane lalu. |
|
rules kat sini - no bikini in their public beach. |
|
beca kat Maldives.
Sepanjang pemerhatian kami kat area hotel ni, tempatnya agak bersih la juga. Rata-rata penduduk kat Hulhulmale ni tinggal di flet-flet di kawasan belakang area hotel transit ni. Hotel-hotel transit ni kebanyakannya menghadap laut dan bangunannya memang cuma 3 tingkat sebab itu spesifikasi yang di tetapkan oleh pihak kerajaan di Maldives ni.
|
|
breakfast mengadap laut. best je kena angin laut. |
|
breakfast time. |
|
Simple je breakfast nye, tapi okla alas perut. Air jus kat Maldives ni memang sedap dan fresh la. |
Selesai je breakfast, kami naik bilik dan packing baju sebab nak terus ke Hulhulmale Ferry Terminal. Kami minta driver semalam yang hantar kami ke hotel untuk hantar kami ke Ferry Terminal. Dia caj USD 10 sebab USD 8 caj dari airport ke hotel kemudian dari hotel ke Ferry Terminal USD 2.
Oh ya, kalau kurang cash dalam tangan, ATM yang boleh di harap ialah Bank of Maldives. Kebetulan sebelum datang ke Maldives, saya dah setting dalam CIMB Clicks untuk enable oversea transaction pada sekain tarikh. ATM ni ada kat airport, kat Hulhulmale dan juga Male City. Ada 2 jenis ATM di mana boleh keluarkan USD dan jugak Maldivian Ruffiya. Bagi personal opinion saya, kami lagi banyak gunakan Maldivian Ruffiya dari USD.
Dari Hulhulmale ke Male mengambil masa 20 minit. Sampai je kat bandar Male ni, kami city tour kejap. Tanya orang untuk ke Ferry Terminal ke Maafushi Island. Kalau ke Maafushi kena naik di Vilingili Ferry Terminal. Agak jauh la dari Hulhulmale Ferry Terminal. Sebabkan kurang arif tentang jalan kat sini, kami naik je taxi dan di kenakan caj MVR 35 (dalam RM9).
Ini map untuk tour kami hari ini.
|
Peta perjalanan kami untuk hari ini. |
Sebelum kami naik taxi tu kami ada lah berjalan sekejap kat city tu sebab saya nak cari sim card Maldives. Jadi dengan bantuan seorang penduduk tempatan, kami jumpala tempat nak beli sim card tu. Sebelum ke dini saya ada baca review mengenai 4G dan data kat sini. Jadi, the bestnya ambilla Ooredoo. Masa register tu kami ambil pakej normal prepaid MVR 30 (RM 8.67) kemudian add 4GB Data Plan MVR 299 (RM 82.39). Total harga beli simkad ialah RM 91.06. Diaorang ada sediakan pakej untuk tourist tapi cuma 2GB sahaja dan mahal lagi harganya. Ni saya dapat dari tripadvisor dan memang bagi saya berbaloi la.
Selesai sahaja urusan beli sim kad ni, kami cari taxi ke Vilingili Ferry Terminal. Jam masa tu dalam 11pagi. Kami lunch di kawasan Vilingili Ferry Terminal ni. Ada satu kedai tu nama Aura Cafe. Enche Suami saya suka sangat dengan Nasi Goreng Seafood dia. Total amaun harga lunch kami ialah MVR 127. (RM 35.05) Kebetulan masa kat sini, kami terjumpa pulak seorang backpacker dari Malaysia yang kebetulan sama hala dengan kami. Nama nya Zul.
Jadual ferry ke Maafushi ialah pada pukul 3 petang ye. Kalau naik speed boat banyak slot masa yang ada, tapi sebab nak jimat kami hadap la naik public ferry ni.
Ni map dari Vilingili Ferry Terminal untuk ke Maafushi Island. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit.
Akhirnya sampai juga kami ke Maafushi Island. Dalam pukul 430 petang kami di sambut dengan suasana sebegini.
Sesi check in berjalan lancar. Kami je yang check in masa tu. Nak jimat duit punya pasal. Hahaha. Kami di greet oleh manager hotel ni iaitu Mr Tiger. Dia ni sempoi dan rock la orangnya.
Siap bagi pakej harga yang murah la. Kami memilih untuk tinggal di hotel ini - Kaani Beach Inn sebab banyak review positif yang kami baca dari tripadvisor. Harga dia okla kalau nak compare dengan hotel yang lain. Sebab yang lain macam mahal lagi. Plus saya memang nak cari bilik yang ada balkoni. Sebab rasa macam sempit je kalau tak ada balkoni.
Selesai je check in dan masuk bilik, kami keluar balik dan terus ke Bikini Beach yang memang dekat sangat dengan hotel ni. Kat Bikini Beach ni la tempat khusus yang di bolehkan untuk pelancong yang datang untuk mandi berbikini. Kalau kat tempat lain memang kena proper.
Kat tepi pantai di Maafushi Island ni, kebanyakannnya banyak meja dan kerusi yang di setting kan sebegini. Romantik sangat makan tepi pantai dengan candle ni. ; )
Malamnya kami dinner di Sunset Cove Restaurant. Total untuk dinner ialah MVR 245 (RM 67.62). Makanan kat sini takdela sedap benar tapi bolehla dari tak makan kan. Kat Maafushi ni kebanyakan hotel ada buat buffet dinner sendiri. Macam hotel kami buffet dinner ialah USD 10 per pax. Harga berbeza ye setiap hotel.
This is how we end our night in Maafushi Island on 31/1/2016. Esok ada aktiviti yang di tunggu-tunggu untuk buat. Tunggu next entry k.
|
No comments:
Post a Comment