Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Wednesday, 17 February 2016

Magnificient Maldives [Day 3]

Hari ketiga di Maldives. 
1/2/2016

pemandangan pagi 1 Feb 2016 dari balkoni bilik hotel kami.

Hari ni, jadual aktiviti kami agak pack. Kira macam full day punye aktiviti la. Kami bangun se awal-awalnye sebab taknak terlepas moment holiday ni. Jadi kami ambil peluang berjalan-jalan di sekitar pulau Maafushi ni sebelum g breakfast. 

Di pulau ni, di samping hotel ada juga kediaman orang tempatan kat sini. Jadi boleh bercampur dengan orang tempatan la. Yang uniknya kat sini, rumah diaorang tang pintu tu menarik la sebab warna-warni dan berbeza la design nya. 






Jadi, ini ialah pantai dan laut di sebelah side yang lain. Kat side sini tak ada sangat orang yang mandi berbanding kat kawasan hotel kami.



unik tau kat situ ada ombak bertemu ombak.




Bila dah puas berjalan ambil angin pantai, kami pun balik ke hotel dan breakfast. Isi perut dulu sebelum mulakan aktiviti hari ini.




Dah siap breakfast, kami bersiap dan tunggu di kawasan lobi hotel. Untuk aktiviti kali ini, lebih kurang dalam 17 dewasa dan 2 kanak-kanak yang turut serta joint aktiviti ini. 

Harga aktiviti untuk hari ini, pihak hotel bagi harga bundle iaitu USD38 - snorkeling (2 spot), dolphin watching, sand bank and island hopping.


bergambar bersama Mr Tiger (manager hotel)


Untuk aktiviti snorkeling kami di beri sedikit taklimat sebelum terjun laut. Snorkeling kat Maldives rasanya lain sikit dari snorkeling yang saya pernah buat masa kat Redang dulu. Sebab kat sini, snorkeling kat open sea dan coral dia memang lawa dan besar la bagi aku. Cuma kat spot sini, tak ada ikan besar sangat masa snorkeling. 




Untuk aktiviti melihat dolphin tu sebenarnya ikut rezeki la. Kebetulan masa kami datang, memang tak jumpa dolphin pun. Frust jugak la. Kami ke sand bank antara trademark popular Maldives sebab sand bank hanya terdapat kat Maldives je ye.

Untuk trip sandbank ni, pihak hotel sediakan payung dan lunch sekali dekat atas sand bank ni. Hotel kitaorang je yang letak payung ni, orang lain yang datang dengan trip lain tak ada la payung camni kat sand bank. Rasa berbaloi pulak ambil pakej macam ni. Jadi, kami lunch la kat sand bank tu. Sand bank yang kami pergi ni, agak besar la tempatnya. Air laut kat sand bank ni sangat jernih ye. Kagum sangat ! Laut dia sangat cantik.



jernihnya air laut kat sini.


lunch kami pada hari ni.



Kemudian selesai je aktiviti kat sand bank, kami snorkeling lagi di reef yang lain. Tapi time ni memang saya tak turun langsung snorkeling sebab sea sick. Penat sangat rasa badan tu. Tengok je la orang lain snorkeling dari atas speed boat tu.

Aktiviti terakhir kami ialah island hopping. Island hopping kami ialah ke Pulau Guraidhoo. Ini jarak dari Maafushi ke Guraidhoo. Kat sini pulau dia lebih kurang macam Maafushi, ada hotel juga tapi tak se popular Maafushi. Ada banyak kedai souvenir tapi bagi kami, mahal jugak souvenir kat sini. 












Masa untuk pulang. Kami sampai ke Maafushi dalam 430 petang. Memang penat tapi rasa puas sebab dapat fulfill hari ni dengan aktiviti. Sampai je kat bilik, rasa terharu sangat bila pihak hotel deco katil kami macam ni. Honestly kitaorang tak aspect pun hotel buat macam ni.


touchingnyaaa...

Oh ya, hari ni ialah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3. :)
Means kena get ready untuk dinner special untuk malam ni. Kitaorang dah inform hotel yang nak candle light dinner. Jadi kena caj USD 55 per person kalau buat candle light dinner. Hotel team tolong decokan meja candle light dinner kami yang terletak kat Bikini Beach. Kami ingatkan diaorang setup meja kat depan lobi tu je (tempat org makan buffet)

tengok sunset

sambil menunggu meja setup candle light dinner siap.





Cerita di sebalik candle light dinner ni, sebabkan angin terlalu kuat jadi kebanyakan candle tu terpadam. Tempat ni memang gelap yang amat la waktu malam. Bila dah asyik terpadam, hotel staff yang arrange dinner ni bagi cadangan untuk cancel je candle light dinner ini dan makan buffet depan hotel tu. Kitaorang ok aje asalkan dah dapat gambar cam di atas tu..jadilah. Hahaha. Jadi kami tidak di kenakan caj USD 110 untuk candle light dinner ni, cuma bayar harga buffer dinner saja yang USD 10 per person. Jimatttt !!

Tak sabarnya nak tunggu hari esok. Ada full day aktiviti lagi. Yay !

Sunday, 14 February 2016

Magnificient Maldives [Day 2]

Hari kedua di Maldives (31/1/2016)

Kami bangun awal sangat hari ni. Dalam pukul 5:00 pagi. Masa ni kat luar memang masih gelap lagi. Nak tengok TV dalam bilik memang kami taktau. Asyik la keluar error suruh top up apa ntah. Nasib la bawak laptop jadi cucuk kable HDMI ke laptop layan movie. 

Lepas subuh, kami siap-siap dan keluar bilik. Rugi la kan holiday bangun lambat. Jadi ni view dari hotel kami untuk pagi ini. Kuat sangat angin lautnya. Kami jalan-jalan sekitar kawasan hotel sebelum breakfast sebab semalam sampai malam, jadi tak nampak sangat view nya. 



lobi hotel kami, cantik sangat tema putih dan turquoise. Masa ni pintu keluar terkunci, kami tunggu staff dia bangun.

sempat lagi tangkap gambar sebelum keluar ambil angin luar.


Ni rupa hotel kami dari luar. Simple je tapi okla selesa. Kata hotel transit kan.

Nama hotel transit tu.

Di Hulhulmale ni, pantai nya bersih. Cantik la walaupun cuma kat airport je. Hulhulmale ni tempat di mana airport Ibrahim Nasir terletak ye. Bandar Male pula terletak di pulau yang berlainan. Kalau hendak ke Male, kena naik boat selama 20 minit baru sampai ke capital city of Male. 


Jalan-jalan sekitar hotel.
pantai Hulhulmale dengan pasir putihnya.
Pantai Hulhulmale yang honestly cantik dan jernih airnya. Kat sini leh tengok banyak seaplane lalu.
rules kat sini - no bikini in their public beach.
beca kat Maldives.


Sepanjang pemerhatian kami kat area hotel ni, tempatnya agak bersih la juga. Rata-rata penduduk kat Hulhulmale ni tinggal di flet-flet di kawasan belakang area hotel transit ni. Hotel-hotel transit ni kebanyakannya menghadap laut dan bangunannya memang cuma 3 tingkat sebab itu spesifikasi yang di tetapkan oleh pihak kerajaan di Maldives ni. 
breakfast mengadap laut. best je kena angin laut.

breakfast time.
Simple je breakfast nye, tapi okla alas perut. Air jus kat Maldives ni memang sedap dan fresh la.


Selesai je breakfast, kami naik bilik dan packing baju sebab nak terus ke Hulhulmale Ferry Terminal. Kami minta driver semalam yang hantar kami ke hotel untuk hantar kami ke Ferry Terminal. Dia caj USD 10 sebab USD 8 caj dari airport ke hotel kemudian dari hotel ke Ferry Terminal USD 2.

Oh ya, kalau kurang cash dalam tangan, ATM yang boleh di harap ialah Bank of Maldives. Kebetulan sebelum datang ke Maldives, saya dah setting dalam CIMB Clicks untuk enable oversea transaction pada sekain tarikh. ATM ni ada kat airport, kat Hulhulmale dan juga Male City. Ada 2 jenis ATM di mana boleh keluarkan USD dan jugak Maldivian Ruffiya. Bagi personal opinion saya, kami lagi banyak gunakan Maldivian Ruffiya dari USD. 














Dari Hulhulmale ke Male mengambil masa 20 minit. Sampai je kat bandar Male ni, kami city tour kejap. Tanya orang untuk ke Ferry Terminal ke Maafushi Island. Kalau ke Maafushi kena naik di Vilingili Ferry Terminal. Agak jauh la dari Hulhulmale Ferry Terminal. Sebabkan kurang arif tentang jalan kat sini, kami naik je taxi dan di kenakan caj MVR 35 (dalam RM9). 

Ini map untuk tour kami hari ini. 


Peta perjalanan kami untuk hari ini. 



Sebelum kami naik taxi tu kami ada lah berjalan sekejap kat city tu sebab saya nak cari sim card Maldives. Jadi dengan bantuan seorang penduduk tempatan, kami jumpala tempat nak beli sim card tu. Sebelum ke dini saya ada baca review mengenai 4G dan data kat sini. Jadi, the bestnya ambilla Ooredoo. Masa register tu kami ambil pakej normal prepaid MVR 30 (RM 8.67) kemudian add 4GB Data Plan MVR 299 (RM 82.39). Total harga beli simkad ialah RM 91.06. Diaorang ada sediakan pakej untuk tourist tapi cuma 2GB sahaja dan mahal lagi harganya. Ni saya dapat dari tripadvisor dan memang bagi saya berbaloi la.


Selesai sahaja urusan beli sim kad ni, kami cari taxi ke Vilingili Ferry Terminal. Jam masa tu dalam 11pagi. Kami lunch di kawasan Vilingili Ferry Terminal ni. Ada satu kedai tu nama Aura Cafe. Enche Suami saya suka sangat dengan Nasi Goreng Seafood dia. Total amaun harga lunch kami ialah MVR 127. (RM 35.05)  Kebetulan masa kat sini, kami terjumpa pulak seorang backpacker dari Malaysia yang kebetulan sama hala dengan kami. Nama nya Zul. 










Jadual ferry ke Maafushi ialah pada pukul 3 petang ye. Kalau naik speed boat banyak slot masa yang ada, tapi sebab nak jimat kami hadap la naik public ferry ni. 








Ni map dari Vilingili Ferry Terminal untuk ke Maafushi Island. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. 





Akhirnya sampai juga kami ke Maafushi Island. Dalam pukul 430 petang kami di sambut dengan suasana sebegini. 






Sesi check in berjalan lancar. Kami je yang check in masa tu. Nak jimat duit punya pasal. Hahaha. Kami di greet oleh manager hotel ni iaitu Mr Tiger. Dia ni sempoi dan rock la orangnya. 
Siap bagi pakej harga yang murah la. Kami memilih untuk tinggal di hotel ini - Kaani Beach Inn sebab banyak review positif yang kami baca dari tripadvisor. Harga dia okla kalau nak compare dengan hotel yang lain. Sebab yang lain macam mahal lagi. Plus saya memang nak cari bilik yang ada balkoni. Sebab rasa macam sempit je kalau tak ada balkoni. 








Selesai je check in dan masuk bilik, kami keluar balik dan terus ke Bikini Beach yang memang dekat sangat dengan hotel ni. Kat Bikini Beach ni la tempat khusus yang di bolehkan untuk pelancong yang datang untuk mandi berbikini. Kalau kat tempat lain memang kena proper.






Kat tepi pantai di Maafushi Island ni, kebanyakannnya banyak meja dan kerusi yang di setting kan sebegini. Romantik sangat makan tepi pantai dengan candle ni. ; )


Malamnya kami dinner di Sunset Cove Restaurant. Total untuk dinner ialah MVR 245 (RM 67.62). Makanan kat sini takdela sedap benar tapi bolehla dari tak makan kan. Kat Maafushi ni kebanyakan hotel ada buat buffet dinner sendiri. Macam hotel kami buffet dinner ialah USD 10 per pax. Harga berbeza ye setiap hotel. 









This is how we end our night in Maafushi Island on 31/1/2016. Esok ada aktiviti yang di tunggu-tunggu untuk buat. Tunggu next entry k.