1/2/2016
Jadi, ini ialah pantai dan laut di sebelah side yang lain. Kat side sini tak ada sangat orang yang mandi berbanding kat kawasan hotel kami.
unik tau kat situ ada ombak bertemu ombak. |
Bila dah puas berjalan ambil angin pantai, kami pun balik ke hotel dan breakfast. Isi perut dulu sebelum mulakan aktiviti hari ini.
Dah siap breakfast, kami bersiap dan tunggu di kawasan lobi hotel. Untuk aktiviti kali ini, lebih kurang dalam 17 dewasa dan 2 kanak-kanak yang turut serta joint aktiviti ini.
Harga aktiviti untuk hari ini, pihak hotel bagi harga bundle iaitu USD38 - snorkeling (2 spot), dolphin watching, sand bank and island hopping.
bergambar bersama Mr Tiger (manager hotel) |
Untuk aktiviti snorkeling kami di beri sedikit taklimat sebelum terjun laut. Snorkeling kat Maldives rasanya lain sikit dari snorkeling yang saya pernah buat masa kat Redang dulu. Sebab kat sini, snorkeling kat open sea dan coral dia memang lawa dan besar la bagi aku. Cuma kat spot sini, tak ada ikan besar sangat masa snorkeling.
Untuk trip sandbank ni, pihak hotel sediakan payung dan lunch sekali dekat atas sand bank ni. Hotel kitaorang je yang letak payung ni, orang lain yang datang dengan trip lain tak ada la payung camni kat sand bank. Rasa berbaloi pulak ambil pakej macam ni. Jadi, kami lunch la kat sand bank tu. Sand bank yang kami pergi ni, agak besar la tempatnya. Air laut kat sand bank ni sangat jernih ye. Kagum sangat ! Laut dia sangat cantik.
jernihnya air laut kat sini. |
lunch kami pada hari ni. |
Kemudian selesai je aktiviti kat sand bank, kami snorkeling lagi di reef yang lain. Tapi time ni memang saya tak turun langsung snorkeling sebab sea sick. Penat sangat rasa badan tu. Tengok je la orang lain snorkeling dari atas speed boat tu.
Aktiviti terakhir kami ialah island hopping. Island hopping kami ialah ke Pulau Guraidhoo. Ini jarak dari Maafushi ke Guraidhoo. Kat sini pulau dia lebih kurang macam Maafushi, ada hotel juga tapi tak se popular Maafushi. Ada banyak kedai souvenir tapi bagi kami, mahal jugak souvenir kat sini.
Masa untuk pulang. Kami sampai ke Maafushi dalam 430 petang. Memang penat tapi rasa puas sebab dapat fulfill hari ni dengan aktiviti. Sampai je kat bilik, rasa terharu sangat bila pihak hotel deco katil kami macam ni. Honestly kitaorang tak aspect pun hotel buat macam ni.
touchingnyaaa... |
Means kena get ready untuk dinner special untuk malam ni. Kitaorang dah inform hotel yang nak candle light dinner. Jadi kena caj USD 55 per person kalau buat candle light dinner. Hotel team tolong decokan meja candle light dinner kami yang terletak kat Bikini Beach. Kami ingatkan diaorang setup meja kat depan lobi tu je (tempat org makan buffet)
tengok sunset |
sambil menunggu meja setup candle light dinner siap. |
Cerita di sebalik candle light dinner ni, sebabkan angin terlalu kuat jadi kebanyakan candle tu terpadam. Tempat ni memang gelap yang amat la waktu malam. Bila dah asyik terpadam, hotel staff yang arrange dinner ni bagi cadangan untuk cancel je candle light dinner ini dan makan buffet depan hotel tu. Kitaorang ok aje asalkan dah dapat gambar cam di atas tu..jadilah. Hahaha. Jadi kami tidak di kenakan caj USD 110 untuk candle light dinner ni, cuma bayar harga buffer dinner saja yang USD 10 per person. Jimatttt !!
Tak sabarnya nak tunggu hari esok. Ada full day aktiviti lagi. Yay !