09/04/2015.
Hari ketiga di Kuching.
Kami mulakan dengan makan pagi di homestay dengan menu tipikal orang Sarawak . Menu masih sama seperti semalam iaitu mee jawa, laksa Sarawak dan nasi lemak di samping beberapa jenis kuih yang sempat di beli. Hari ini, enche suami, papa dan abg Man akan balik dari memancing dengan hasil tangkapan mereka.Jadi sementara menunggu mereka balik, kami cuma habiskan masa di homestay saja.
Lebih kurang dalam pukul 1145 pagi, mereka sampai di homestay. Kemudian bersiap - siap untuk keluar. Destinasi kami yang pertama ialah ke Lock Ann Cafe lagi bagi mengisi perut. Menu sama seperti hari sebelum ini. Cuma bezanya kali ini, ialah pertambahan bilangan orang yang menyertai kami ke Lock Ann Cafe iaitu papa, enche suami tersayang dan abg Man.
Selesai makan, kami ke Muzium Sarawak untuk mengenal budaya, kesenian dan sejarah yang ada di Sarawak .
Kemudian kami ke statue kucing yang menjadi antara trademark kalau datang Kuching iaitu wajib bergambar di sini. Statue Kuching ini ada di beberapa tempat, yang paling femes tu yang terdapat kat area Waterfront tapi kami pilih statue yang di Kuching Selatan.
Ini gambar kami di statue kucing tersebut.
Destinasi seterusnya ialah ke rumah mak mertua adik ipar saya yang terletak di Petra Jaya. Kebetulan jiran rumah mereka ada jual kek batik jadi saya beli dari jiran adik ipar saya saja.
Makan malam kami ialah di Steamboat Hawa. Harga per person untuk steamboat ini ialah RM20. Ini antara gambar yang sempat saya capture.
Akhirnya hari ketiga berlalu pergi. Next entri ialah aktiviti kami di hari ke empat.
No comments:
Post a Comment