07/04/2015
Akhirnya masa untuk Cuti - Cuti Malaysia sampai jua.
Ini boleh di kategorikan sebagai family trip kitaorang la. Semua anak beranak, menantu dan cucu Jaafar ikut sekali. Thank you juga buat Air Asia sebab dpt price yang ok masa book tiket flight ni plus kitaorang pergi masa hari biasa iaitu hari Selasa.
Dalam 6 pagi dah gerak ke KLIA2 dengan teksi. Sampai je airport, check in baggage dulu kemudian menunggulah dulu sebelum check in. Sebelum fly, isi perut dulu. Flight kami pada pukul 945am. Perjalanan ke Kuching mengambil masa kira - kira 1 jam 30 minit.
|
sebelum departure. |
|
ready to take off. |
Touch down bumi Sarawak dalam pukul 1115am. Di ambil oleh adik ipar dengan van 12 seater kemudian kami ke
Kopi O Corner yang terletak di Satok, Kuching untuk lunch. Salah satu trademark makanan di Sarawak ialah Mee Kolok, tapi dekat sini saya nak try makanan lain pulak.
|
kalau datang sini, jangan lupa try coconut shake ni. sedap la.. kalah kt Klebang tu. |
|
lunch pilihan saya - mee kam puah. sedappp ! |
Selesai je lunch, kami terus ke homestay kami yang terletak di Taman Seri Wangi, Petrajaya. Homestay ni ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Okla untuk menampung kami yg seramai 9 orang ni.
Petangnya, kami keluar untuk agenda makan malam pula di Top Spot. Femes ok tempat ni sebab seafood dia memang murah n sedap - sedap. Berbaloi - baloi !
|
ready untuk keluar mengisi perut. |
|
haaa Top Spot tu ada kat bangunan belakang tu la. |
|
ok da sampai Top Spot. |
|
sebahagian dari kami. |
Ini antara menu pilihan kami :
|
butterprawn basah - super sedap !! |
|
sayur midim - macam pucuk paku. |
Ada lagi satu menu yang kami ambil, tapi saya tak sempat na tangkap gambar tu - ketam salted. sedap yang amat !!
|
ta sangka terserempak pula dengan Coach Sarawak Football team ni, En Jalil Rambli.
|
Selesai je makan di sini, kami ke waterfront ambil angin. Ni beberapa gambar kami di waterfront.
|
family potrait kami di Waterfront, Kuching. |
|
macam biasa tangkap gambar ramai - ramai. |
Selesai je ambil angin malam kat sini, kami ke Open Air Market yang terletak di Jalan Kuching untuk our dessert time. Ais Krim Gula Apong time !! Kali pertama nak rasa aiskrim gula melaka ni.
|
ok, ini kedai nya..simple je. |
|
tengokla queue dia.. panjang kan? Please dont mind queuing coz it'll be worth the wait. |
|
kebetulan masa kami datang, perisa aiskrim nya ialah chocolate. Menurut kata adik ipar saya, untuk Isnin & Selasa ialah hari perisa Chocolate. Rabu & Khamis perisa Pandan. Jumaat, Sabtu dan Ahad perisa Vanilla. |
|
tadaaa.. inilah dia aiskrim gula apong. rasa ais krim ni ta muak la makan macam ais krim biasa yang creamy tu. kacang tu membuatkan ais krim ni rasa manis masin. blend rasa dia memang superb la. |
Ok selesai sudah agenda kami di Kuching untuk hari pertama. Nanti saya sambung entri untuk hari kedua pula.
No comments:
Post a Comment