Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Sunday, 19 April 2015

Kamek Orang ke Kuching [Day 4]

10/04/2015
Hari terakhir di bumi Sarawak . Eceh !

Memandangkan flight kami pada pukul 745pm nanti jadi hari ini rencana nya cuma aktiviti memasak hasil tangkapan saja la ini hari.


Aktiviti barbeque di sini :




Hasil lauk yang berjaya di masak.

 
ikan duri masak asam pedas.



sotong rebus, sedap sangat !



gulai lemak udang masak rebung.
banyak kan lauk kami.




Dalam pukul 5 ptg kami keluar dari homestay dan terus ke airport. Flight kami pada ialah pada pukul 745 ptg.


Di airport, saya sempat berjumpa kawan lama yang kebetulan jadi lecturer di UiTM Samarahan. Ex roomate zaman memula masuk UiTM dulu merangkap sleeping partner. Kalau sudah ada rezeki untuk berjumpa kan ...walhal masa sebelum dia kena transfer ke Kuching dulu ta pernah pula ada rezeki na jumpa dia time kat Semenanjung.




Tiba je di pintu perlepasan bermakna cuti kami sudah tamat ke penghujung.




Bai bai Kuching !

Wednesday, 15 April 2015

Kamek Orang ke Kuching [Day 3]

09/04/2015.
Hari ketiga di Kuching.
Kami mulakan dengan makan pagi di homestay dengan menu tipikal orang Sarawak . Menu masih sama seperti semalam iaitu mee jawa, laksa Sarawak dan nasi lemak di samping beberapa jenis kuih yang sempat di beli. Hari ini, enche suami, papa dan abg Man akan balik dari memancing dengan hasil tangkapan mereka.Jadi sementara menunggu mereka balik, kami cuma habiskan masa di homestay saja.


Lebih kurang dalam pukul 1145 pagi, mereka sampai di homestay. Kemudian bersiap - siap untuk keluar. Destinasi kami yang pertama ialah ke Lock Ann Cafe lagi bagi mengisi perut. Menu sama seperti hari sebelum ini. Cuma bezanya kali ini, ialah pertambahan bilangan orang yang menyertai kami ke Lock Ann Cafe iaitu papa, enche suami tersayang dan abg Man.




Selesai makan, kami ke Muzium Sarawak untuk mengenal budaya, kesenian dan sejarah yang ada di Sarawak .











Kemudian kami ke statue kucing yang menjadi antara trademark kalau datang Kuching iaitu wajib bergambar di sini. Statue Kuching ini ada di beberapa tempat, yang paling femes tu yang terdapat kat area Waterfront tapi kami pilih statue yang di Kuching Selatan.

Ini gambar kami di statue kucing tersebut.













Destinasi seterusnya ialah ke rumah mak mertua adik ipar saya yang terletak di Petra Jaya. Kebetulan jiran rumah mereka ada jual kek batik jadi saya beli dari jiran adik ipar saya saja.

Makan malam kami ialah di Steamboat Hawa. Harga per person untuk steamboat ini ialah RM20. Ini antara gambar yang sempat saya capture.







Akhirnya hari ketiga berlalu pergi. Next entri ialah aktiviti kami di hari ke empat.

Monday, 13 April 2015

Kamek orang ke Kuching [Day 2]

09042015.
Hari kedua di Kuching.
Memandangkan team lelaki (kecuali adik ipar saya yang tak joint mancing kerana wife dia pregnant) ada plan sendiri iaitu memancing di laut jadi kami yang tinggal sudah ada plan sendiri untuk di isi pada hari kedua kami di sini.

Breakfast hanya di homestay, di mana mak mertua dan adik ipar saya keluar dapatkan breakfast iaitu mee kolok, mee jawa, laksa sarawak, nasi lemak, kuih donut (sedap sangat donut Sarawak ni) dan kuih cencorot. 
Selesai sahaja breakfast, kami relax dulu dan dalam pukul 12.30 tengah hari baru kami keluar. 

enche suami da bersiap mau ke laut untuk memancing.
Chempaka Nadhrah da ready untuk keluar.

Lokasi pertama kami ialah ke Main Bazaar yang terletak berhampiran dengan Waterfront untuk misi mencari souvenir. Dan macam biasa la kena power skill tawar menawar baru dapat harga yang ok untuk item yang di pilih.









ini je barang yang di beli untuk diri sendiri.

Selesai sahaja misi souvenir ni, kami ke Lock Ann's Cafe untuk minum petang. Apa yang menarik kat sini ialah mee belacan, cucur campur nya dan juga air White Lady. Pendek kata, kat sini memang banyak la choice makanan yang ada. Kafe ni di buka dari pukul 1sehingga pukul 6 petang sahaja ye.



white lady - ala ala minuman buah koktail


rojak buah

mee belacan

cucur cmpur




Destinasi seterusnya, kami ke soping malll pulak iaitu ke The Spring. Dah nama pun trip rombongan wanita je hari ni, jadi sopinggg aje la manjang. Salah satu facilities yang saya puji la kat The Spring ni ialah kat kaunter concierge tu ada di sediakan wheelchair, stroller untuk guest yang datang. Memandangkan kami ta bawak stroller ke Kuching, jadi saya pun gunakanlah facilities yang ada. Staff di kaunter tu pun mesra je, dan dengan hanya tinggalkan IC saya dapatlah gunakan stroller tu. Tak de la penat sangat na dukung Nur Chempaka Nadhrah.


stroller yang di sediakan oleh The Spring.



Malamnya, kami ke My Village Barok untuk menikmati dinner eksotik Sarawak . Terletak di Jalan Kampung Boyan yang terletak di seberang sungai di Waterfront tu. Ambience restaurant ni memang romantik la dan seni bina nya di perbuat dari kayu je. 












Menu pilihan kami ialah :


sayur midim

nasi ayam ketok - pedas betul ayam tu

umai udang

ayam pangso

ayam pangso

linut

linut yang telah di kacau dengan cili 

tekstur linut.


Selesai je makan malam, kami pun pulang ke home stay. Malam nya saya kami tidur tanpa enche suami di sisi sebab dia masih di laut memancing dan hanya akan pulang esok harinya.





Selesai entri hari ke dua, entri hari ketiga akan saya sambung nanti ok!