Hello !
Sepertimana entri saya yang lalu, saya ada hebohkan kat korang kan yg kad kawen saya sudah siap.Kad kawen ini saya tempah dari Muquera Creative. Saya pilih kad ekonomi yg berharga 38 sen saje. Lagipun, mama Enche Tunang cakap untuk kad perlu yg simple - simple sahaja. Bukan apa, in the end peratusan yg menyimpan kad kawen tu sangatlah rendah atau mungkin tiada langsung.
Untuk kad kawen ni, saya ta seperti b2b yg lain - kreatif untuk design kad korang sendiri. Saya cuma mampu order saje. Hihi.
Kalau ikut tips, kalau jemputan 1000 org kad harus di edarkan untuk 500pcs. Kiraannya begini 500 pcs kad x 2 tetamu setiap kad = 1000 orang. Ini bagi mengelakkan situasi makanan < jemputan. Untuk side saya, jemputan hanyalah sekitar 400 org sahaja.
Berbalik pada kad kawen kami, ini saya tempekkan kad tersebut. Memandangkan pihak Muquera Creative tidak menyediakan stamping nama di sampul maka saya ambil inisiatif sendiri untuk cop nama kami berdua di hadapan sampul.
Tadaaaa
Ini lah hasilnya. Lega part ini sudah siap.
p pesan pada s : Tunggu ye kehadiran kad kami di tangan anda.
No comments:
Post a Comment