Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Monday, 10 December 2012

homestay mana yg jadi pilihan hati

Hello u ols !

Kalau jodoh kamu dengan orang yg bukan satu negeri, maka HOMESTAY itu adalah elemen wajib bagi pihak kamu sediakan.

Weekend yg lalu, sempat saya curi masa balik Kota Bharu untuk selesaikan beberapa perkara sebelum tibanya hari bersejarah itu awal bulan Feb nanti. Sebenarnya saya menghadiri majlis perkahwinan di Marang, Terengganu. Jadi alang-alang ke sana, saya balik Kota Bharu sekejap memandangkan ada beberapa perkara penting yg perlu saya selesaikan yang memerlukan kehadiran saya. 

Di samping misi penting ke butik wedding planner kami di Machang, saya turut mencuri masa menjenguk homestay yg jadi pilihan hati kami. Pertama, homestay terletak di Kubang Kerian - Green Apple Homestay. Ini pautan linknya klik disini.  Lokasi mudah untuk di cari - cuma di belakang Mydin Mall dan berdekatan dengan HUSM Kubang Kerian. Yg menjadi bonusnya, homestay ini ada 3 biji rumah yg bersebelahan dan ketiga-tiga ini di jadikan homestay. Senang bukan kalau kamu plan untuk sewa untuk jumlah family yg besar? Kebetulan pula saya perlukan 2 biji rumah untuk family Enche Tunang. Jadi, alang-alang sudah ada 3 biji rumah saya terus book untuk 2 biji dahulu untuk 3 malam. Total untuk semalaman ialah RM250. 

Ciri- ciri homestay pilihan pertama saya ini :
*double storey house
*4 bilik, 3 bilik air - setiap bilik ada aircond
*ada ASTRO = )

Kemudian, saya ke lokasi homestay kedua. Terletak di Taman Telok Panji. Tidak jauh juga dari lokasi rumah saya. Sila klik disini - Anis Guest House.  Semalaman cuma RM200. Selesa juga. Ini khas untuk teman-teman perempuan saya yg datang dari jauh dan plan untuk menolong saya untuk majlis yg bakal tiba ini. Jadi, plannya mereka akan balik bersama dengan saya lebih awal sebelum hari akad nikah nanti.

Ciri- ciri homestay pilihan kedua saya ini :
*single storey house
*3 bilik, 2 bilik air - main room ada aircond, yg lain kipas


Rasanya dah boleh menghela nafas sikit bila homestay dah di cari. Cuma sekarang kena bayar remaining balance je. Okay, masa makin lama makin suntuk. Cuma tinggal 7 minggu saja lagi. *berdebar*

p pesan pada s : Ya Allah, mudahkan lah jalan kami berdua. Amin.

No comments:

Post a Comment