Setelah sebulan barulah nak update blog ni. Aduhai.. Ini kisah kali pertama bawa Chempaka ke Hello Kitty Town yang berada di luar negara Jepun. Tarikh kami ke sini ialah on 19/11/2015. Mana lagi kalau bukan di Hello Kitty Town, Nusajaya Johor. Kami datang ke sini pun berpandukan dengan Waze. Syukur la selamat tiba ke destinasi.
Hello Kitty ni dalam bangunan ye, jadi takde la panas sangat. Itu yang bagusnya. Masa mula menapak masuk ke sini, kebetulan tak berapa ramai pengunjung mungkin sebab kami datang pada hari biasa. Di sekitar bangunan ini, ada lot lot kedai yang tak fully occupied lagi. Masuk je dalam pintu bangunan Hello Kitty tu, ada kaunter pembelian tiket. Kalau Malaysian, takyah la beli online. Datang walk in tunjuk Mykad sure dapat harga murah lagi. Untuk tiket RM50 ye seorang. Info pasal tiket boleh klik link ni Sanrio Hello Kitty
Seeloknya sampai kat sini dalam pukul 10 pagi ye, barulah fully occupied dan berbaloi dengan tiket yang dah di bayar tu. Masuk je kat muka pintu Hello Kitty tu, anda akan di ambil gambar satu family kat pintu gerbang. Nanti diaorang caj kalau korang nak picture tu. Tempat Hello Kitty ni di satu aras sahaja dan di bahagikan ke beberapa bahagian la untuk aktiviti nya. Dalam ni cuma ada 1 cafe sahaja.
So lebih kurang cam gini la ye floor plan nye :
Aktiviti yang di sediakan pun banyak, bergantung la pada anda nak pilih yang mana. Tapi tak best tu Chempaka Nadhrah agak cenggeng la hari tu. So banyak aktiviti yang tak leh nak joint. Frust jugak laa tapi apa boleh buat. Cuma untuk baby seusia dia ada few aktiviti tu tak berapa sesuai la. Yang mana ok, kitaorg joint je la.
ni antara decoration dalam rumah Hello Kitty. |
kitchen Hello Kitty. |
Hello Kitty bathroom. |
kad aktiviti - kumpul la cop tu dengan menyertai setiap aktiviti yang di anjurkan. |
ayah dan anak dan cawan pusing mereka. Pening naik neh ! |
Cik Chempaka suka ye main dalam playground ni - Friendship Land. |
Salah satu aktiviti kat sini, masuk dalam Hello Kitty in OZ dan buat aktiviti dalam tu. |
Ini la antara sebahagian rupa di dalam Hello Kitty in OZ. |
Antara aktiviti yang kena buat di dalam Hello Kitty OZ. |
Cik Chempaka sayang ni sibuk nauuu la dengan benda alah Hello Kitty ni. |
Puas nak pujuk dia ni bergambar. Haih |
Ok dah abis aktiviti dalam Hello Kitty OZ ni. |
Masa untuk show Hello Kitty. |
See nampak tak Cik Chempaka sedang enjoy dengan show Hello Kitty tu. Beria ye dia menari dan tepuk tangan, Alahai..Kalau anda seorang penggemar Hello Kitty yang tegar, datangla berkunjung ke sini. Rasanya berbaloi kot sebab nak g Japan tu macam budget besar sikit kalau nak tengok Hello Kitty yang kat sana.
Ok, dah tiba masanya untuk balik, check in hotel dan berehat sebab next day ada aktiviti yang lain pulak.
No comments:
Post a Comment