Entri seterusnya ialah kisah kami ke Universal Studio Singapore. Sebenarnya lama jugak kami plan untuk ke sini. Pendek kata sebelum Cik Chempaka lahir la tapi baru ada peluang menjejakkan kaki ke sini pada 20/11/2015 yang lalu.
Ini kali pertama buat kami datang ke Singapore. Jadi sebab tak berapa tahu sangat jalan dalam Singapore, kami memilih untuk ambil pakej trip ke USS melalui brader ni - En Hilmi (Pakej dari Johor Bahru ke Universal Studios Singapore). Pakej yang dia offer tu termasuk la tiket masuk USS serta perjalanan menaiki bas pergi dan balik dari Johor Bahru untuk ke sana. Total seorang dalam RM 215. (kena faham ye harga tiket berubah mengikut exchange rate jugak)
Kami memilih untuk tinggal di Crystal Crown Johor Bahru untuk trip kali ni. Selepas subuh, kami ke cafe hotel untuk breakfast. Kebetulan pula cafe hotel buka agak awal jadi sempatlah kami makan dulu sebelum ke Tune Hotel di mana ia menjadi check point untuk kami sebelum menaiki bas di situ. Dalam pukul 7 pagi kami dah berada di situ. En Hilmi datang tak lama lepas tu, dan bas pun kebetulan sudah menunggu kami dan peserta trip yang lain. Sebelum meneruskan perjalanan, En Hilmi ada terangkan sedikit prosedur untuk masuk ke Singapore pada kami semua dan juga ada bagi borang putih setiap seorang yang yang perlu di isi detail kami. Borang ni nanti akan di serahkan kepada pihak Imigresen Singapore.
waiting for bus sebelum ke USS. |
730 pagi bas mula berjalan. Kami ke check point pertama iaitu di Checkpoint imigresen Malaysia. Bila sampai ke sini, passport hanya di scan je tanpa sebarang cop. Barang pun tak payah beria nak bawak turun. Kemudian setel je urusan kat sini, kami naik balik bas untuk ke check point seterusnya iaitu untuk Imigresen Singapore yang dalam 15 minit camtu laaa.
Masa sampai ke check point Imigresen Singapore ni, ada lane khas la untuk bas dan vehicle yang lain. Senang la jugak. Bas akan beratur sampaila kat depan pintu Imigresen Singapore, barulah kami turun dan bawa semua barang ye sebab nak kena scan. Angkutlah dengan stroller sekali. Jangan lupa borang putih tadi kena bawa juga ye. Haih.. Masa dalam tu, memang agak panjang jugak la barisan tu. Kat sini passport akan di cop. Selesai urusan, ambil barang yang di scan tu kemudian jalan keluar dari premis untuk naik bas balik.
Perjalanan dari Imigresen Singapore ni untuk ke Sentosa Island Resort mengambil masa kira-kira 30 minit jugak la. Sampai je kat Sentosa Island Resort tu, driver bas dah pesan pukul berapa dia akan datang balik pada petang nya. Selalunya dalam pukul 730 malam bas akan berada di terminal bas di basement USS tu.
Dari tempat bas tu, kami menaiki escalator untuk ke atas. Manusia memang ramai la kat USS masa kami datang. Berebut orang nak naik and take note ye masa kami ke sini, memang banyak tourist luar yang datang. Untuk masuk je ke dalam USS kami perlu beratur panjang yee dalam setengah jam jugak la. Tepat 10 pagi, kami masuk ke dalam USS setelah melalui proses check barang dalam beg oleh pekerja USS.
First time jejak kaki ke dalam ni, walaweiiii teruja sangat sebab cantik betul la building dia. Sangat kena dengan tema. Seolah anda akan berada di tempat yang lain. Dalam USS ni terbahagi kepada New York - Sci -Fi City - Ancient Egypt - The Lost World - Far Far Away - Madagascar - Hollywood. So kami memilih untuk ke kanan dulu iaitu New York City. Sebelum masuk USS, seeloknya ambil la map USS tu jadi boleh tahu la aktiviti yang ada dalam tu pada waktu-waktu tertentu dan di lokasi mana. Memandangkan kami bawa Cik Chempaka (yang berumur 1 tahun 6 bulan masa tu) jadi banyak aktiviti yang tak dapat nak buat dan main. Cik Chempaka pulak dari pintu masuk sampai la ke Science Fic tidur aje.
sebelum masuk ke USS - wajib ye tangkap picture kat sini. |
Harus di ingat ye, bagi Muslim dalam USS ni ada 6 restoren sahaja yang halal. Antaranya ialah Mel's Diner (ini berada di lokasi New York), kemudian Oasis Spice Cafe (ini berada di Ancient City). Yang stall tu tak de tanda Halal ye, kalau ragu - ragu elakkan. Antara halal restoren yang lain ialah Friar’s at Far Far Away, Goldilocks at Far Far Away dan juga Marty’s Casa Del Wild Food Court.
okay ni semua antara picture kat New York City. |
Bajet makan untuk 2 orang kat sini dalam SGD 45 ye sekali makan. Saya maksudkan ni set makanan la termasuk main dish dan air. So kalau convert ke duit Malaysia lebih kurang dalam RM 90. Dalam USS ni kami makan 2 kali (lunch and dinner) sebab memang 1 satu hari pun kan dalam ni. So 2 kali makan dalam RM 180 la. Tapi sebenarnya, En Hilmi tu ada jual meal voucher SGD 5 tapi di jual RM 10. Kalau ikutkan untung RM 5 la if beli meal voucher ni. So kalau nak beli kena beli dalam (6 kpg) RM 60 seorang la if nak makan 2 kali dalam USS. Memang jimat la kalau beli meal voucher ni. Sebab masa kami ke USS, exchange rate RM 1 bersamaan dengan SGD 3 lebih. Agak tinggi jugak la.
Di Science Fiction, En Suami nak naik Human. Kenalah tunggu dia abes main baru boleh bergerak ke tempat lain. Maybe nasib kurang baik kot, jadi memaang lama la tunggu En Suami. Hampir 2 jam ye. Haihhh untung orang yang guna Express Lane boleh potong queue je. Next time datang nak beli Express Lane la. Sampai terjaga la Cik Chempaka sebab tunggu ayah dia lama sangat.
Human Roller Coaster |
Sampai terjaga la Cik Chempaka tunggu ayah dia abes main roller coaster. |
Kebetulan masa kami datang, tengah hari tu hujan. Jadi stuck la dalam Oasis Cafe tu dalam 2 jam sementara nak tunggu hujan reda. Pekerja Oasis tu ada jual baju hujan dalam SGD 4 (RM 12) so terpaksa beli la sebab taknak Cik Chempaka kena hujan.
Makan time ! |
menu pilihan kami di Oasis Spice Cafe. |
Di Ancient City tu,architecture building tu more kepada Egypt la. Tapi kami tak lama kat sini sebab gerimis, jadi tak explore sangat pun.
Ancient City. |
Dari Ancient City ke The Lost World. So ini beberapa keping gambar dalam Jurassic Park yang sempat kami potraitkan. Macam biasa tak main apa-apa pun kat sini sebab cuaca gerimis dan bawa Cik Chempaka .
Kemudian kami ke Far Far Away. Architecture building more into kingdom style. Sangat Shrek dan Fiona ye kat sini. Sukeee sgt! Ambil few picture then masuk tengok Shrek 4D. Sebelum masuk, park stroller di tempat yang di sediakan. Best la sebab leh rilex jap dalam ni plus cerita kartun. Boleh la Cik Chempaka layan.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Madagascar. Kat sini, kami hanya main King Julien Beach Party-Go-Round sebab rasanya itu aje la permainan yang boleh Cik Chempaka naik. Tapi tu pun dia takut...alahaiii.
Selepas Madagascar, kami ke Hollywood. Tak sure apa yang ada kat sini, tapi kami masuk balik ke New York city kebetulan ada tarian depan Mel's Diner. Bagi Cik Chempaka tengok. Siap menari ye dia.
Selesai acara tu, kami ke bangunan berhadapan Mel's Diner untuk tengok Sesame Street show. "When I Grew Up"
Abes show, rasa lapar. Kami dinner di Mel's Diner. Kat sini makanan dia fast food type. Sedap juga Cheese Burger kat sini. Hehehe.
Dah abes makan, masa cari souvenir. Kami berjalan menghala ke pintu masuk tadi dan singgah di kedai souvenir berdekatan. Dapat lah beli 1 tote bag dar USS dan juga Cookie Monster bear untuk Cik Chempaka. Jadilah dari balik tangan kosong. Sekurangnya ada jugak la ingatan tu kan.
Cik Chempaka tunggu mama soping dalam kedai souvenir. |
Yay dapatla beli ni untuk Chempaka. |
Lebih kurang pukul 630 petang kami dah keluar dari USS. Melepak kat dataran depan USS dulu barulah turun ke terminal bas untuk tengok kot-kot bas dah sampai.
Tepat 730 malam kami bergerak keluar dari USS. Perjalanan agak jammed mungkin sebab hari Jumaat kot, jadi kereta menghala keluar Singapore agak banyak la. Mujurla naik bas, takde la penat sangat. Boleh rehat dalam bas. Dalam pukul 9 malam lebih kami sampai di check point Imigresen Singapore untuk cop passport keluar. Queue agak panjang la dalam 20 minit. Kemudian kami sampai ke Imigresen Malaysia dalam pukul 1030 malam sebab jammed.
Selesai urusan di Imigresen Malaysia kami ke Tune Hotel (tempat ami berkumpul tadi) dan akan balik ke Crystal Crown semula. Dalam pukul 11 lebih jugak la kami sampai ke hotel. Penatttt sebab 1 hari full of activities. Fuhhhh tapi akhirnya tercapai la hajat kami berdua untuk ke USS. Alhamdulillah dapat tengok dengan mata sendiri.