She was born in Hospital Selayang on 13 May 2014. Overdue 1 hari.
Patotnya deliver on 12 May sebab I'm having Gestational diabetes mellitus, (GDM) during my pregnancy. Untuk pengidap kencing manis semasa pregnant ni, ta di galakkan untuk overdue sebab bimbang bagi kemudaratan pada baby dalam kandungan.
Saya di masukkan ke dalam wad bersalin pada 10 May 2014. Itupun setelah ada tanda macam kembar darah pagi tu selepas mandi. Tp dalam hati memang cakap macam lambat lagi aje na bersalin ni. Sebab ma saya cuak yg amat, dia paksa saya dan enche suami terus ke hospital risau kalau saya terberanak kat rumah.
Masa sampai tu, macam biasala kena VI (vagina inspection). Baru 2cm. Kemudian adalah nurse tu do some checking macam monitor beat baby n so on. Then, duduk kat tempat menunggu with ma n enche suami. Wad penuh and no bed available itu yang kena tunggu sampai petang. Kami lepak di hospital tu dari 10pagi sampailah dalam 3 ptg baru dapat katil.
Bila dapat katil, bermulalah episod kena bermalam di ward. Bermulalah episod enche suami tidur dalam kereta, tidur kat surau, tidur kat luar ward semata-mata untuk teman saya. Sama la macam ma. Tidur kat surau, kat luar ward. Seriously saya kesian yang amat dengan diaorg. Sebab kat Hospital Selayang ta di benarkan suami or sesiapa teman dalam wad kecuali waktu melawat sahaja.
ini lah ward saya di tempatkan |
Malam pertama saya di wad, masih belum terdapat tanda yang my baby na tengok dunia. Melayari malam yg membosankan kat wad. Kadang-kadang ada jugak enche suami dan ma saya curi masuk sebab bimbangkan keadaan saya yg tengah tunggu masa untuk deliver baby.
Hari kedua (11 May 2014) masih sama. Rutin yg sama. Checking dan checking. Bukaan pun cuma 3 cm hari ini. Sedih jugak masa tu sebab fikirkan macam lama je lagi kena stay kat wad ni. Dalam hati berdebar jugak sebab patotnya due esok (12 May) tapi sampai sekarang ta ada tanda apa-apa lagi. Menurut kata doktor pakar yg check pagi 11 May tu dia ada bagitau pada doktor wad dan nurse yang ada saya memang patot deliver baby on 12 May sebab rekod kesihatan yang tidak mengizinkan. Doktor pakar tu ada juga suruh doktor wad untuk book labour room pada 12 May. Berdebar juga dengar perkataan labour room tu.
On 12 May 2014, di mulakan dengan rutin biasa. Checking bukaan lagi. Masa ni dalam 3cm lagi. Paling benci buat VI. Berdebar untuk masuk labour room. Dalam pukul 3 ptg, ada seorang nurse datang dan masukkan ubat berak supaya saya terus buang air besar. Start dari saat itu, terus saya ta jamah apa - apa makanan sebab berdebar punya pasal. Petang tu saya da start rasa sakit contraction. Tapi ta kerap sangat. I was feeling so discomfort time tu. Tp malas na layan sangat. Sampaila abes waktu melawat, mak metua saya semua da balik. Tinggallah enche suami tercinta dan ma tersayang menemani saya lagi di ward ini. Malam ini agak luar biasa sebab saya langsung ta boleh lelap. Rasa na menangis sebab contraction tu makin kerap dan makin sakit. Azab nya hanya org yang pernah rasa je tahu. Saya mengalami sakit pinggang yg amat masa contraction tu.
Ma dan enche suami bergilir menjaga saya secara curi - curi. Serba ta kena keadaan saya malam itu. Gigih ma saya urut belakang untuk kurangkan kesakitan. Malam itu kami bertiga langsung ta tidur. Pukul 330am, saya mula merasa contraction yg menyeksakan. Saya minta ma panggilkan doktor bertugas untuk tengok keadaan saya. Malangnya doktor perempuan ( india ) terbabit datang dengan keadaan yg seolah baru bangun dari tidur dan cuma melihat saya saja. Dia cuma tanya "sakit sangat ke?" tanpa cuba berbuat apa - apa sedangkan saya semakin sakit. Kemudian dia cuma cakap "ini bukan waktu saya check pesakit" Buntu saya pikirkan ayat doktor tu. Bukan waktu dia check pesakit? Kemudian dia berlalu dan saya makin bergelut dengan kesakitan.
Lebih kurang 4 pagi lebih doktor tadi datang balik bersama nurse dan check lagi. Masa itu bukaan saya sudah 4cm. Contraction jangan cerita la..memang sakit dan kerap sangat. Kira - kira dalam 7 pagi, saya cuba panjat katil balik untuk lelapkan diri, tetiba air ketuban saya pecah. Masa tu ma da stat cuak dan berlari keluar wad cari nurse dan doktor. Bila doktor datang check, memang confirm air ketuban dah pecah dan air ketuban pon memang da warna light brown which means baby da berak dalam perut. Barulah saya di tolak ke labour room untuk proses kelahiran baby.
Masa di tolak tu, enche suami dia g breakfast. Ma call dia untuk cepat - cepat naik ke labour room untuk temankan saya. Setelah di masukkan ubat, akhirnya bukaan saya sudah mencecah 5 cm dan proses kelahiran sudah hampir bermula. Makin lama makin kuat rasa na terberak tu sampai ta cukup nyawa na tahan. Ma dengan enche suami saling berganti temankan saya di dalam labour room.
Doktor estimated baby saya masa tu dalam 3.4kg sebab saya ada sejarah GDM. Kalau ikutkan masa scan baby di jangka 3.14kg.
Alhamdulillah bila bukaan 8cm, episiotomy di lakukan pada saya dan tepat 1232pm 13 May 2014 lahirlah permata hati kami. Yang di tunggu - tunggu selama ini. Kelahiran dia agak mendebarkan sebab saya cuma dapat melihat dia sekejap sangat. Apa yang sempat saya capturekan dalam memori, baby saya kebiru-biruan dan tiada respon langsung. Selepas midwife tu tunjuk jantina baby saya, potong tali pusat terus dia di angkat keluar.
Saya yang keletihan langsung tiada daya untuk bertanya apa yang terjadi pada baby saya itu. Enche suami keluar dari labour room dan memaklumkan pada ahli keluarga yg saya selamat cuma baby ada masalah sikit. Baby saya di masukkan ke dalam NICU untuk tujuan monitoring memandangkan dia sudah berak dalam perut tadi. Untuk tujuan membersihkan paru - paru dan laluan tekak dari sisa najis dia, maka dia di tempatkan monitoring untuk 2 hari.
Sayu juga bila balik wad tanpa di temani baby. Sedangkan keliling katil saya semuanya di temani baby masing - masing. Saya hanya berpeluang untuk melihat dia apabila ada enche suami sahaja kerana untuk berjalan ke wad NICU dengan keadaan masih berjahit dan tidak berdaya ini amatlah mustahil mealinkan dengan bantuan wheel chair sahaja.
Bila dapat tengok wajah baby tu rasa hilang semua kesakitan. Betul cakap org, anak tu macam penawar. = ) Cuma sedih bila fikirkan dia seorang kat NICU tiap malam tanpa saya di sisi.
Tarikh 16 May saya kira hari yang menggembirakan sebab saya discharge dan baby pon boleh discharge dari NICU. Ta sabar sangat na balik rumah time tu. Ini gambar dia masa baru balik dari hospital.
ketika usia 3 hari |
Alhamdulillah Ya Allah di atas anugerah terindah ini.
Ni bilik 2nd class ke ?
ReplyDeleteYe.. ni 2nd class utk Hospital selayang... ade 4 katil dan 1 bilik air dlm tu..
Delete