- Tetapkan tarikh majlis akad-nikah dan persandingan pihak pengantin perempuan dan sebelah pengantin lelaki.
- Tetapkan jumlah dulang hantaran kedua-dua pasangan pihak perempuan dan lelaki.
- Senaraikan barang-barang untuk mengisi dulang hantaran berkenaan.
- Pastikan belanjawan majlis perkahwinan anda termasuk kos upacara akad-nikah, bersanding, jamuan dan lain-lain.
- Buat senarai para tetamu dan cuba lengkapkan dengan alamat mereka.
- Bincang lokasi majlis, sama ada di dewan atau kediaman sendiri.
- Sekiranya dewan, buat tempahan awal supaya tidak kecewa. Trend hari ini akad nikad-nikah di anjurkan di masjid yg lebih ringkas.
- Adakah majlis persandingan anda berlangsung pada sebelah siang atau malam?
- Pilih konsep majlis samada taman, tradisional atau moden.
- Adakah anda ingin warna tema tertentu dalam majlis ini?
- Pilih pengapit, pengiring remaja dan kanak-kanak jika ada. Minta kerjasama mereka.
- Mulai cari busana pengantin anda minati, gaya tradisional atau moden.
- Boleh mendapatkan idea dari majalah-majalah dan butik pengantin.
- Mula membeli atau mengumpul sedikit demi sedikit barang-barang dulang hantaran seperti kasut, beg tangan, produk kecantikan, minyak wangi dan sebagainya bersama pasangan anda. Beli sekurang-kurangnya satu atau dua barang setiap bulan.
- Kaji beberapa jurugambar profesional dan videografer yang menawarkan kadar selaras dengan belanjawan anda.
- Pilih tema warna dan konsep bilik beradu pengantin dan mula buat persediaan seperti tempahan langsir, penutup cadar dan hiasan lain.
- Jika mampu, anda boleh melantik Penyelaras Perkahwinan (Wedding Planner) bagi memastikan kelancaran majlis anda.
Monday, 12 March 2012
12 bulan sebelum majlis
Labels:
Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment