Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Friday, 30 March 2012

bajet oh bajet

Hye semua.
Entri kali ini saya cuma ingin berkongsi tips bagaimana untuk anda manage duit kamu untuk event tunang dan kahwin. Oh, tidak di lupakan untuk barang hantaran. Di bawah ini, cara saya manage budget untuk event yg saya sebutkan tadi. Saya sudah bahagikan perkara penting untuk kesemua event ini di sampul berikut.
Jadi, setiap bulan tatkala dapat gaji ada beberapa sampul ini yg akan di isi dengan amaun budget tertentu sehingga mencapai sasaran. = )

Sampul di bawah hanya perkara basis dalam event yg disebutkan. Perkara yg lain contohnya doorgift saya keluarkan budget setiap bulan di dalam amaun yg sedikit. Contohnya bulan 4, beli doiley paper. Bulan 5 saya beli brown paper bag. Bulan 6 saya beli tag Thank You yg customised nama saya dan Enche Botak. 
*itu plan saya la buat masa sekarang*

Setiap orang pasti ada cara tersendiri bukan. Samala macam saya. Jadi ini cara saya dan untuk elakkan di bebani hutang yg melampau. Kalau boleh saya na semua transaction saya menggunakan cash semata-mata. 

Chaiyok ! ada lagi 9 bulan je lagi. Phew.

:: perbelanjaan untuk BIG DAY ::

 :: perbelanjaan untuk majlis tunang ::

:: ini untuk barang hantaran Enche Botak ::

Wednesday, 28 March 2012

Nekad ! Tema Teal untuk BIG day

Haaa.. Ok. Saya tahu lambat lagi date kawen tu. Jadi untuk menjimatkan masa (kononnya) saya telah nekad  untuk memilih warna ini sebagai tema masa our BIG DAY nanti. Ini warna TEAL - atau dalam Bahasa Melayu nya biru firus. Warna teal ni macam abang kepada turquoise. = )

Kat bawah ni contoh warna TEAL bila di gabungkan dengan warna yg lain.

:: Teal & Plum ::


:: contoh pelamin yg guna tema teal ::

:: Teal & Brown ::

:: Teal & Purple lagi ::



:: Teal & Red Cherry ::

 :: Teal & Yellow ::

:: Teal & Green ::


Cantik kan? Rasa macam na je ambil semua warna tema kat atas ni. Rasa super excited plak bila da jumpa main colour untuk big day. = )

Saturday, 24 March 2012

to-do-list


DIY : Bunga Tisu

Kali ni saya mahu tunjuk ajar tentang macam mana untuk buat bunga tisu. Ok well, sebenarnya bunga tisu ni da banyak ada dalam blog yg lain. Tp ini cara saya sendiri buat bunga tisu. Pertama sekali, ini bahan-bahannya.



1) Kertas tisu (sbnrnya ni kertas untuk balut bunga tu)
2) Dawai bunga (number 30) dalam RM 1.00 ada lebih kurang 30 batang dawai)
3) Gunting


Ok. Follow cara-cara macam di bawah ni







Ngee. Lawa ta? = )
Selamat mencuba !

Thursday, 22 March 2012

mini pelamin tunang yg simple

Memandangkan saya malas untuk menghias bilik maka nya saya memilih untuk memulakan misi mencari mini pelamin. Akhirnya, setelah beberapa minggu hunting barulah saya ketemu yg ini. Hasil garapan dari butik Ilham Najah Bridal yg terletak di Panji, Kelantan. 

:: saya mahu panel yg ini, kerusi itu bkn dalam list ye :: 

:: saya memilih style mcm ini je untuk alas duduk - simple kan but yet still suwwwiiit ::

Ini pula ilham mini pelamin dari Julianie Bridal yg beralamat di PT 344 Tmn Desa Peringat, Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu. Ini ialah link nya http://julianiebridal.blogspot.com/  Yg neh pun suwit gak kan, tp saya ta mau kerusi tu. Rasanya, cukuplah sekadar langsir pink di belakang di tambah dengan background peach. 



Dengan harga pakej mini pelamin, make up dan sewa par yang saya kira berbaloi maka saya mengisytiharkan tamat lah sudah misi mencari mini pelamin saya. Jadi, lepas ini bolehlah saya fokus pada perkara yg lain pula. = ) *senyum panjang*

p pesan pada s : aisshh..da stat berangan dok atas pelamin neh. hoho.

Wednesday, 21 March 2012

fabrik tunang saya

Kalau mengikut jurnal saya, bulan 3 ialah bulan di mana saya membeli kain pasang untuk majlis tunang dan akad nikah. Tempat yg kami tuju ialah di Jakel, Jln TAR. Berpandukan tema yg telah di set sebelum ini maka saya mencari kain peach pink. Dengan hasil bantuan dan kepakaran Sha menawar harga, kami dapat price yg berpatutan. Alhamdulillah. Jadi, ini sedikit gambar khas buat tatapan kalian.


:: ini dia kain pasang untuk acara tunang nanti ::

:: ini pulak rupanya apabila kain ini di balut sebegini rupa ke badan saya ::

Saya serahkan pada Sha untuk menjahit busana tunang ini. Harapnya hasilnya mampu mem WOW kan semua org yg memandang. Saya cuma spentkan RM 145 untuk fabrik ini, iaitu chiffon dan satin (sebagai lining). Berbaloi bukan? Nanti baju sudah siap, saya postkan gambar hasil jahitan Sha ye.

Ketemu lagi di entri yang akan datang.

p pesan pada s : ini busana pertama dalam hidup saya yg berwarna peach dan pink. 


Monday, 19 March 2012

outfit busana tunang idaman hati




Ini antara busana yg saya suka. Menarik kan kain untuk baju kurung moden ini. Sentuhan dari Man Kajang. Memang wallah ! Hari tu masa pergi Jakel, akak yg jaga seksyen chiffon tu ada cuba stylekan kain macam ni. Itu yg start jatuh hati. Saya dah hantar gambar ni pada Scha (appointed tailor untuk misi kali ni) dan harapnya saya dapatla outfit sebegini untuk majlis bertunang nanti.

p pesan pada s : moga-moga ada fabrik chiffon peach pink yg menarik hati nanti.

Tuesday, 13 March 2012

gubahan hantaran tunang

Antara projek DIY saya. Menggubah hantaran untuk majlis pertunangan yg bakal menjelang.


Setelah puas membelek dan mencari, akhirnya saya terpaut pada dekorasi hantaran ini. Simple tetapi tetap menarik bukan.













Menarik bukan? Cuma warna bunga akan di tukar, begitu juga dengan bunga yg bakal saya pilih. Bukan dari  bunga ros, tetapi carnation dan anggerik. Bunga yg saya plan dari warna peach, pink dan putih sahaja.

p pesan pada s : mintak-mintak menjadi la gubahan yg bakal di buat ni.

Monday, 12 March 2012

12 bulan sebelum majlis



  • Tetapkan tarikh majlis akad-nikah dan persandingan pihak pengantin perempuan dan sebelah pengantin lelaki.
  • Tetapkan jumlah dulang hantaran kedua-dua pasangan pihak perempuan dan lelaki.
  • Senaraikan barang-barang untuk mengisi dulang hantaran berkenaan.
  • Pastikan belanjawan majlis perkahwinan anda termasuk kos upacara akad-nikah, bersanding, jamuan dan lain-lain.
  • Buat senarai para tetamu dan cuba lengkapkan dengan alamat mereka.
  • Bincang lokasi majlis, sama ada di dewan atau kediaman sendiri.
  • Sekiranya dewan, buat tempahan awal supaya tidak kecewa. Trend hari ini akad nikad-nikah di anjurkan di masjid yg lebih ringkas.
  • Adakah majlis persandingan anda berlangsung pada sebelah siang atau malam?
  • Pilih konsep majlis samada taman, tradisional atau moden.
  • Adakah anda ingin warna tema tertentu dalam majlis ini?
  • Pilih pengapit, pengiring remaja dan kanak-kanak jika ada. Minta kerjasama mereka.
  • Mulai cari busana pengantin anda minati, gaya tradisional atau moden.
  • Boleh mendapatkan idea dari majalah-majalah dan butik pengantin.
  • Mula membeli atau mengumpul sedikit demi sedikit barang-barang dulang hantaran seperti kasut, beg tangan, produk kecantikan, minyak wangi dan sebagainya bersama pasangan anda. Beli sekurang-kurangnya satu atau dua barang setiap bulan.
  • Kaji beberapa jurugambar profesional dan videografer yang menawarkan kadar selaras dengan belanjawan anda.
  • Pilih tema warna dan konsep bilik beradu pengantin dan mula buat persediaan seperti tempahan langsir, penutup cadar dan hiasan lain.
  • Jika mampu, anda boleh melantik Penyelaras Perkahwinan (Wedding Planner) bagi memastikan kelancaran majlis anda.

Sunday, 11 March 2012

cincin merisik dan cincin tunang

           kiri : cincin merisik  -   kanan : cincin bertunang



Ini cincin merisik dan cincin tunang saya. Ini di beli di Rosst Jewel, Sentul. Enche Botak habiskan dalam RM 980 untuk 2 bentuk cincin ini. Alhamdulillah, sudah selesai misi mencari cincin. Ini kedai pertama yg kami pergi dan terus beli. Itupun hasil suggestion kawan sekerja, Farno. Bukan saya ta minat emas dari kedai yg ada nama, tapi saya mencari emas padu. Kebanyakan emas padu di jual di kedai biasa. Di Kelantan pun banyak, tapi jauh sgt untuk Enche Botak ke sana. Tak berkesempatan lagi mahu ke sana. Mungkin lepas ni, kami boleh tumpu pada perkara yg lain. Date bertunang sudah di suggestkan, cuma belum dapat confirmation lagi. Ok, nanti saya announcekan date tunangnya nanti ya!

p/s - Cantik tak cincin pilihan saya ni?

notakaki website rujukan http://rosstjewels.com/