House hunting.
Kisahnya bermula bila kami register phone number di Facebook. Hasilnya ada beberapa agent yang menghubungi dan intro mengenai projek perumahan yang ada. Yang mana kami berkenan, kami short list kan dan pergilah ke show unit yang ada.
Biasalah kalau dah aimed landed houses ni, susah sikit nak cari harga yang ok yang letaknya di dalam bandar KL dan negeri Selangor ini. Reason sebab nak landed houses ni sebab kami memang dari dulu stay landed houses. Dulu menyewa kat Sg Buloh pun rumah landed. Even sekarang pun, duduk dengan keluarga mertua di landed house. Bukan apa, anak pun boleh main kat luar bila duduk landed ni. Tapi yelah, lain orang lain citarasa. Ada yang ok duduk kondominium asalkan jarak ke tempat kerja dekat. Ada yang nak puas hati untuk rumah, tapi kena korbankan duduk jauh dan travel hari-hari.
Macam kami, dah fikir banyak kali sebelum decide untuk book rumah ni. At first, husband cakap kalau nak duduk dekat kena cari apartment / condominium la. So majoriti yang kami berkenan memang agak mahal la. Then, kami try ke Mantin, lokasi di mana house hunting kami bermula.
27/5/2017 (Sabtu)
Perjalanan sedikit lama, barangkali sebab kami belum biasa jalan ke sana. Tiba di Sales Gallery, kami di sambut Nana (bekerja di situ). Kami di bawa ke show unit yang sudah siap, 1 belum di hias, 1 lagi sudah di hias. Masuk rumah dan feeling jap hahaha. Jumpa En Hamizan, ada bincang sikit dari segi pendapatan kami dan kira secara kasar. Macam lepas untuk monthly commitment. Tapi tak dapat decide apa-apa lagi sebab kami ada lagi 2 show unit nak kena tengok. Satu di Bandar Sendayan, 1 lagi di Puncak Alam.
Luar Sales Gallery |
Rumah ni di namakan SERINTIN. Bawah developer CPI Land. Ni baru fasa pertama. Fasa kedua mungkin dalam 3 tahun lagi launch sebab CPI Land nak fokus pada condominium di Jalan Ipoh. Rumah ni 4 bilik, 3 bilik air. Freehold. Bukan Strata Tittle ( so leh renovate rumah kalau ada duit). Ada 2 fasa, yang mana di bezakan dengan ada balkoni atau tidak. Kami pilih yang takde balkoni sebab mana la tau in future murah rezeki boleh renovate bilik atas. Rumah ni harganya RM 498,500 tapi developer bagi rebate 10% jadi dapatla RM 445,200.
Pelan fasa Type A. |
Haaa.. macam ni la kalau rumah yang ada balkoni. Kisahnya lepas kami ke Sendayan dan Puncak Alam last-last kami berkenan projek ni juga.
/N/i rumah yang dah siap, Type B sebab ada balkoni. |
Kami datang balik ke SERINTIN dan book. Bayar RM 500 booking fees. Pilih lot rumah yang mana kami nak.
6/6/2017 (Isnin)
Maybank contact mintak kami sertakan dokumen dan email pada dia. Affin Bank pun ada contact juga. Dalam minggu ni kami sibuk prepare dokumen dan email pada pihak Bank.
9/6/2017 (Jumaat)
Dapat SMS dari Maybank cakap form dan dokumen kami dah di terima dan sedang di proses oleh pihak Maybank. Takde expectation apa-apa pun. Go with the flow je.
16/6/2017 (Jumaat)
Seminggu dah form dah di hantar kat Bank. Dapat SMS macam ni. Berbunga wei hati. Langsung tak sangka rezeki hari Jumaat.
19/6/2017 (Isnin)
Jumpa banker yang deal dengan kami (dari Maybank) dan sign offer letter. Maybank ialah bank pertama yang kami hantar dokumen, dan 1st yang approved. So kami malas nak cari bank lain. Stick dengan Maybank je la.
Ni saya refresh dulu macam mana rupa dalam rumah ni.
Living Hall |