Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Monday, 10 July 2017

SNP Signing Session || SERINTIN



Ingat tak entri saya sebelum ni? Klik House Hunting [Part 1] di mana saya cerita antara step terawal kami masa hunt rumah.

Ahamdulillah. Pada 9/7/2017 (Ahad) kami ke CPI Sales Gallery di Mantin untuk sign SNP. Memang betul la tebal dokumen yang nak kena sign tu. Boleh cecah la dalam 100 keping. Penat nak sign. Haha tapi tu la, tu semua kan kenangan. ; )



haaa kat belakang tu la antara rumah contoh yang dah siap.

gambar kenangan ni lepas sign SNP. Hahaha.


Alhamdulillah settle bahagian SNP. Oh ya, memandangkan saya ada rekod kesihatan yang kurang memuaskan, pihak Maybank ada minta saya buat heath check up untuk Etiqa Insurance. Semua ni di tanggung pihak Etiqa. Ada yang mengatakan ni memang antara prosedur baru untuk beli rumah tapi health check up di wajibkan bila beli rumah yang berharga RM 500 k ke atas. Rumah kami bawah RM 500k tapi mungkin sebab saya ada rekod kesihatan yang lampau so kena la buat health check up ni. 

ni antara form yang saya kena isi untuk health check up dan juga nak result test sebab last year saya ada buat operation.




Ni chrono untuk proses beli rumah kami : 




Monday, 19 June 2017

House Hunting || SERINTIN


House hunting. 
Kisahnya bermula bila kami register phone number di Facebook. Hasilnya ada beberapa agent yang menghubungi dan intro mengenai projek perumahan yang ada. Yang mana kami berkenan, kami short list kan dan pergilah ke show unit yang ada.

Biasalah kalau dah aimed landed houses ni, susah sikit nak cari harga yang ok yang letaknya di dalam bandar KL dan negeri Selangor ini. Reason sebab nak landed houses ni sebab kami memang dari dulu stay landed houses. Dulu menyewa kat Sg Buloh pun rumah landed. Even sekarang pun, duduk dengan keluarga mertua di landed house. Bukan apa, anak pun boleh main kat luar bila duduk landed ni. Tapi yelah, lain orang lain citarasa. Ada yang ok duduk kondominium asalkan jarak ke tempat kerja dekat. Ada yang nak puas hati untuk rumah, tapi kena korbankan duduk jauh dan travel hari-hari.


Macam kami, dah fikir banyak kali sebelum decide untuk book rumah ni. At first, husband cakap kalau nak duduk dekat kena cari apartment / condominium la. So majoriti yang kami berkenan memang agak mahal la. Then, kami try ke Mantin, lokasi di mana house hunting kami bermula.

27/5/2017 (Sabtu)

Perjalanan sedikit lama, barangkali sebab kami belum biasa jalan ke sana. Tiba di Sales Gallery, kami di sambut Nana (bekerja di situ). Kami di bawa ke show unit yang sudah siap, 1 belum di hias, 1 lagi sudah di hias. Masuk rumah dan feeling jap hahaha. Jumpa En Hamizan, ada bincang sikit dari segi pendapatan kami dan kira secara kasar. Macam lepas untuk monthly commitment. Tapi tak dapat decide apa-apa lagi sebab kami ada lagi 2 show unit nak kena tengok. Satu di Bandar Sendayan, 1 lagi di Puncak Alam.



Luar Sales Gallery


Rumah ni di namakan SERINTIN. Bawah developer CPI Land. Ni baru fasa pertama. Fasa kedua mungkin dalam 3 tahun lagi launch sebab CPI Land nak fokus pada condominium di Jalan Ipoh. Rumah ni 4 bilik, 3 bilik air. Freehold. Bukan Strata Tittle ( so leh renovate rumah kalau ada duit). Ada 2 fasa, yang mana di bezakan dengan ada balkoni atau tidak. Kami pilih yang takde balkoni sebab mana la tau in future murah rezeki boleh renovate bilik atas. Rumah ni harganya RM 498,500 tapi developer bagi rebate 10% jadi dapatla RM 445,200. 

Pelan fasa Type A.


Haaa.. macam ni la kalau rumah yang ada balkoni. Kisahnya lepas kami ke Sendayan dan Puncak Alam last-last kami berkenan projek ni juga.

/N/i rumah yang dah siap, Type B sebab ada balkoni.

3/6/2017 (Sabtu - Ramadhan ke 8 )

Kami datang balik ke SERINTIN dan book. Bayar RM 500 booking fees. Pilih lot rumah yang mana kami nak.


6/6/2017 (Isnin)

Maybank contact mintak kami sertakan dokumen dan email pada dia. Affin Bank pun ada contact juga. Dalam minggu ni kami sibuk prepare dokumen dan email pada pihak Bank


9/6/2017 (Jumaat)

Dapat SMS dari Maybank cakap form dan dokumen kami dah di terima dan sedang di proses oleh pihak Maybank. Takde expectation apa-apa pun. Go with the flow je.


16/6/2017 (Jumaat)

Seminggu dah form dah di hantar kat Bank. Dapat SMS macam ni. Berbunga wei hati. Langsung tak sangka rezeki hari Jumaat.






19/6/2017 (Isnin)


Jumpa banker yang deal dengan kami (dari Maybank) dan sign offer letter. Maybank ialah bank pertama yang kami hantar dokumen, dan 1st yang approved. So kami malas nak cari bank lain. Stick dengan Maybank je la.






Ni saya refresh dulu macam mana rupa dalam rumah ni. 


Living Hall

Ni Dry Kitchen section

Ni antara main reason kenapa kami sukakan rumah ni :








Bathroom dia memang fully tiles. Tiles sampai kat atas. Takyah renovate beria. Dah memang lawa. Cuma letak cermin besar, rain shower atau kalau ada bajet besar lagi boleh letak glass shower door.
Ni wet kitchen yang dah siap di buat. Dah siap extend ye. Tinggal nak letak kitchen cabinet je ni.


So, sekarang kami tunggu nak sign SNP je la. Insya Allah, rumah siap tahun depan 2018 (lepas raya either June or July).