Tinggal lagi 8 hari je lagi untuk kami ke destinasi bersempena ulangtahun perkahwinan yang bakal menginjak ke tahun kedua. Hotel pun sudah confirm dan sudha di bayar. Urusan passport sudah berjaya di selesaikan setelah melalui ranjau dan liku.
Pada 15/1/2015, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengumumkan amaun baru untuk passport iaitu untuk kanak - kanak di bawah 12 tahun cuma RM100 untuk 5 tahun. Kalau sebelum ini, cajnya RM 150 kalau untuk 5 tahun manakala RM 80 untuk 2 tahun. Dan untuk pemohon biasa di kenakan caj RM 200 untuk 5 tahun. Sebelum ini RM 300 untuk 5 tahun. Dan berkuatkuasa tarikh 15/1/2015 passport 2 tahun telah di mansuhkan. Memang puji sangat passport 2 tahun di mansuhkan sebab kalau tak asyik nak berulang je ke imigresen untuk renew passport. No wonder la, kaunter imigresen ni sibuk aje manjang. Sekurang - kurangnya bila buat 5 tahun terus tak adalah nak kena g renew manjang bila nak tamat tempoh atau bila nak ke oversea tarikh mati passport tu kurang dari 6 bulan.
Cubaan hari pertama kami langsung tidak membuahkan hasil. Kami ke Shah Alam, beratur namun dalam pukul 820 pagi nombor habis. Terpaksa ke Putrajaya untuk cubaan seterusnya. Tapi gagal juga sebab nombor habis. Masih dalam keadaan positif, kami cuba lagi untuk ke UTC Mini Keramat tetapi malangnya lagi sistem down dan blackout di premis Imigresen. Pulanglah kami dengan perasaan hampa.
Pada hari esoknya (Ahad 18/1/2015) kami ke Mini UTC Keramat lagi setelah keluar dari rumah 630 pagi. Berkobar - kobar untuk jadi orang pertama beratur ni. Hahaha. Masa sampai tu, tak ada satu kereta pun lagi di parkir depan Mini UTC tu. En suami ajak breakfast dulu. Selesai breakfast kami bergegas ke Mini UTC Keramat dan bila sampai di Jabatan Imigresen, sudah ada barisan yang beratur di hadapan. Kami dapat giliran yang ke 12 dan 13. Okla tu kan . Bila kaunter di buka, orang besar Imigresen di situ cakap sistem down. Tak pasti bila akan up so sesapa yang nak tunggu boleh la tunggu, kalau urgent boleh ke UTC yang lain. Kami memang malas nak ke tempat lain jadi kami tunggu aja la di situ.
Dalam pukul 945pagi, sistem up dan alhamdulillah proses buat passport berjalan lancar. Ada juga kanak-kanak di situ tapi saya tengok tak ada lagi yang semuda anak kami. Berdebar jugak sebab tak tau macam mana caranya buat passport untuk baby sebab baby Chempaka Nadhrah memang tak boleh duduk independently lagi. Tiba giliran baby kami di panggil, rupanya begini cara gambar passport baby di tangkap :
1 - seorang kena pangku baby
2 - kemudian pegang kadbod putih di belakang baby (maknanya kadbod tu akan berada di depan muka si pemangku tu lah)
3 - attract baby supaya tengok kamera
Memang akan jadi attraction semua orang la sebab agak lama jugak untuk tangkap gambar passport dia. Tadaaa ini hasilnya :