Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Saturday, 26 January 2013

Spa Review

Baru ada masa untuk tulis blog.
Hari yg agak bizi, pagi ke spa. Pastu angkat barang ke rumah baru. Kemudian, beli bakul untuk letak doorgift nanti. Balik je rumah, terus siapkan baki jar yg belum di ikat riben. Then, pikir kan idea untuk hias bakul yg bertujuan untuk di gunakan masa acara resepsi nanti.

Sekarang, fokus pada main entri ini. Review spa saya.
Saya memilih Nona Roguy di Taman Tun untuk sesi spa kerana berdekatan dengan rumah dan memerlukan cuma 10 minit berjalan kaki. Appointment telah di buat sejak minggu lepas dan secara peribadi ini ialah lawatan spa pertama saya. Saya di fahamkan untuk sesi spa pengantin, keutamaan di berikan untuk slot spa pada waktu pagi. Katanya, lebih afdal di lakukan waktu pagi untuk tujuan menaikkan seri pengantin.

: : lokasi Nona Roguy TTDI - atas butik baju Desiree yg bersebelahan dengan 7 E : :

: : hoho. da sampai : :

 : : makan breakfast dulu sebelum memulakan sesi spa : :

: : last pic sebelum sesi spa di mulakan - tukar baju dan pakai disposable panties : :

Sepertimana review saya yg lepas, saya sudah maklumkan pada korang kan pakej mana pilihan saya. 

Pakej Puteri Hang Li Poh (Princess Hang Li Poh Package)

Urutan Kesegaran Minyak Wangi (Fragrant Oil Wellness Massage)
- Saya di layan oleh seorang kakak yg mengandung, dari Yogja dan pernah bekerja spa di Bali. Untuk sesi massage neh, menggunakan minyak dan seluruh badan saya di massage dengan minyak tersebut. Memandangkan saya belum pernah melakukan massage ini, maka ada rasa geli jugak la. Massage yg di berikan tidaklah terlalu keras untuk saya. Di fahamkan untuk bakal pengantin, tidak di galakkan massage secara keras.

Ikal Mayang Wangi (Fragrant Hair & Scalp Treatment)
-Sesi ini di lakukan selepas selesai sahaja urutan kesegaran. Saya kurang pasti ramuan yg di gunakan tetapi ketika minyak tersebut di sapu di kepala saya, rasa sejuk yg amat di tambah pula keadaan bilik yg berhawa dingin. Kemudian, kepala saya di balut dengan towel. Saya di biarkan selama 10 - 15 minit di dalam bilik berseorangan.

Lulur Akar Wangi (Fragrant Body Scrub)
-Pada sesi ini, seluruh badan saya di lulur dengan lulur akar wangi. Kemudian, saya di biarkan lagi berseorangan sehinggalah lulur tersebut kering di badan. Apabila sudah kering, kakak tadi datang dan menggosok lulur yg kering tadi.

Rendaman Susu & Akar Wangi (Fragrant Milk Bath)
-Ini di lakukan di dalam bilik yg berlainan dan mempunyai bath tub. Rasa excited sangat bila tengok bath tub penuh dengan beberapa jenis bunga dan juga susu. Sesi berendam ini mengambil masa 15 minit.

Mandi Buyung Seri Tujuh Bunga (Seven Flowers Aura Bath) **add on
-Selesai sahaja sesi rendaman susu dan akar wangi, kakak tadi masuk ke bilik yg bath tub tadi dan kedudukan badan saya mengadap kiblat. Kemudian, badan serta kepala saya di basuh dengan mandi buyung seri tujuh bunga yg bertujuan untuk menaikkan seri pengantin. Selesai sudah semua sesi.

Minuman Akar Wangi (Fragrant Herbal Drink)
-Sebelum pulang, saya di jamu dengan minuman akar wangi yg bertujuan untuk membuang angin. Rasa jangan cerita, memang pahit. Mujur la ada madu. Hihi

p pesan pada s : syukur di beri keizinan Allah untuk merasa pengalaman sebegini.


Wednesday, 23 January 2013

Doorgift : Jar

Ma : Ma rasa ma terlebih jemput orang la.
Aku : Owh ye ke. Berapa org yg ma jemput?
Ma : Sekarang ni, tinggal lagi 40 keping kad je dgn ma.
*otak mula mencatu jumlah kad yg di beri pada parents dan jumlah doorgift sekarang.
**haih. ta boleh jadi neh, kena add on lagi doorgift.

Haaa. Maybe ma dan abah too excited sangat menjemput rakan taulan, saudara mara di Kelantan and this leads to kena la saya tambah lagi doorgift yg lain. Bimbang kalau tetamu jemputan ta ada doorgift na di beri.
Berbekalkan waktu kecemasan yg tinggal kurang dari 10 hari ini, maka ini la add on doorgift yg saya finalkan.

Bertemankan Enche Tunang, kami ke Nilai 3 untuk membeli jar ini. Saya cuma beli 100 botol dan dengan harga RM1 sebotol. Kemudian saya tempah sticker tag pada isteri rakan ofis saya. Boleh cuba jenguk page dia di FB iaitu SZkadkahwin Best Punya. Dan gunakan baki riben yg ada untuk hiaskan pada jar tersebut.




Cara-cara untuk ikat riben pada jar ini saya cuma tengok di Youtube. Boleh refer pada entri video di bawah. 




: : video neh sebenarnya untuk ikat bow pada kerusi, tapi saya praktikkan pada jar kat atas tuh : :

p pesan pada s : alhamdulillah, selesai juga akhirnya usaha gigih buat doorgift ini.

Tuesday, 22 January 2013

veil nikah saya

Akhirnya, dengan berbaki cuma 9 hari saja lagi lengkap sudah persalinan untuk acara ijab qabul saya nanti.
Veil dan tudung nikah saya ini hasil jahitan dari auntie teman sepejabat saya.

Dengan hasil jahitan beliau, veil dan tudung akad nikah ini cuma di caj RM 230. Berbaloi sgt. Senyum simpul masa dapat veil dan tudung akad nikah ini.

 : : perincian pada veil nikah saya iaitu kain lace dan pearl beads : :

: : testing pakai : : 


p pesan pada s : semakin dekat pada tarikh itu, semakin berdebar.

Friday, 18 January 2013

DIY : VIP gift

Ini lah dia rupa kotak kerawang putih yg telah di hiaskan oleh saya sendiri.

Tadaaaa.

Lawa ta? Khas untuk VIP dan rakan taulan saya untuk majlis resepsi pada 2/2/2013 nanti.

Plannya macam na letak fruit cake je dalam neh. Kesian la adik, Ain, Diana dan Wan Nazirah yg akan turun padang setelkan hal doorgift neh. = )






p pesan pada s : hasil usaha gigih di tambah dengan kreativiti yg so so maka siaplah sudah VIP gift saya.

Wednesday, 16 January 2013

spa spa spa

u olss.

ok, saya memang super malas untuk cari spa.

Jadi, saya hanya survey di Tmn Tun saja untuk misi spa ni. Kebetulan sebelum ini saya pernah menemani TL saya ke Nona Roguy di Tmn Tun. Mujurla ada pamplet untuk pakej spa yg di sediakan pihak Nona Roguy. Jadi, sambil tunggu TL saya sempatla saya berkira-kira untuk membuat spa di sini sahaja di tambah pula dengan suasana dan dekorasi spa yg menarik.

Sekarang, saya revealkan pakej spa yg menjadi pilihan hati saya.

Pakej Puteri Hang Li Poh (Princess Hang Li Poh Package)

Urutan Kesegaran Minyak Wangi (Fragrant Oil Wellness Massage)
Ikal Mayang Wangi (Fragrant Hair & Scalp Treatment)
Lulur Akar Wangi (Fragrant Body Scrub)
Rendaman Susu & Akar Wangi (Fragrant Milk Bath)
Minuman AkarWangi (Fragrant Herbal Drink)

Jangka masa rawatan ialah 2 jam 15 minit. Total harga untuk pakej ini ialah RM 225.25. Saya add on juga Mandi Buyung Seri Tujuh Bunga (Seven Flowers Aura Bath) yg berharga RM50. Itu pun saranan dari akak kat situ sebab saya di maklumkan yg mandi buyung ini mampu menaikkan seri pengantin. Hopefully.

p pesan pada s : nanti saya sharekan experience spa pertama saya dengan korang ye.


Sunday, 13 January 2013

final : doorgift

Akhirnya, dengan minggu yg berbaki cuma 3 minggu ini dapat juga saya laksanakan hajat ke Nilai untuk mencari doorgift yg boleh di berikan kepada family, rakan taulan yg datang dari jauh serta kawan - kawan sekolah lama. Setelah puas mencari barangan yg sesuai, akhirnya berjumpa juga dengan apa yg saya berkenan di hati. Mujur ada Ain yg tabah dan sabar melayan saya. Kami memilih hari biasa untuk ke Nilai memandangkan hari weekend Nilai akan selalu penuh dengan kelibat manusia yg punya misi tersendiri.

Untuk doorgift ini, saya bahagikan pada 2 bahagian di mana VVIP gift dan juga doorgift untuk org kampung.
Target saya untuk kedua doorgift ini ialah 400pcs sahaja. Huhu. Sikit kan? Ye la, saya pon ta bajet ramai yg akan ke Kelantan memandangkan faktor jauh.

Yg untuk bekas putih itu akan saya decokan dengan sentuhan sendiri. Cheewah ! Nantikan hasilnya okeh.




: : suka sgt ! nanti isi fruit cake dalam neh : :

p pesan pada s : di harapkan semua tetamu suka laaa dengan doorgift pilihan saya ni.

Monday, 7 January 2013

misi kek kawen

Dengan hanya baki 3 minggu lagi, saya masih belum lagi tempah kek kawen. Adoi.

Berminat untuk buat dengan sorang akak neh (agak femes jgk di Kota Bharu) tetapi mungkin dia agak sibuk dengan bisnes durian crepe nya, maka setiap kali saya approach dia saya di layan acuh ta acuh. SMS pon jarang berbalas, call apatah lagi. Jadi, saya hubungi kembali akak yg buat cupcake saya masa tunang dulu.

Alhamdulillah.
Tetap tabah melayan karenah saya. Syukur juga sebab date kawen nanti dia masih available.

Design kek pilihan hati saya?

Tadaaa....


Lawa kan. Tp ta de la sampai 4 tingkat camni. Saya tempah setingkat dan 50 pcs cupcake je.