Woot Woot !
Alhamdulillah. Selesai juga salah satu prosedur untuk kahwin iaitu HIV Test. Untuk bakal-bakal bride and groom yg di luar sana, kalau korang da ada date tu cepat-cepatla book sesi HIV Test korang kat mana-mana klinik kesihatan kerajaan yg berhampiran dengan tempat korang tu.
HIV Test untuk pra perkahwinan neh perlukan sesi temujanji ye. Prosedur terbaru untuk HIV Test neh ialah resultnya boleh di dapati selepas 1 - 2 bulan okeh dari tarikh korang buat HIV Test tu. Lama kan? Kalau dulu boleh dapat on the spot tapi sekarang ambil masa juga taw.
Ada cerita juga sebelum kami berjaya melakukan sesi HIV Test neh. Pada mulanya, Enche Tunang saya tu sudah walk in ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya tetapi temujanji sudah fully booked pada bulan NOV ok ! Walhal dia walk in pada Oct. Phew. Kami hanya berjaya slot temujanji pada bulan Disember. Dan result HIV Test hanya boleh dapat pada Januari 2013. Ok. Itu moment yg bikin hati saya cuak, mana ta nye saya kena isi borang dan hantar pada pejabat agama di Kelantan. Jadi, nampak di situ kekangan waktu sebab itu waktu yg sangat kritikal bagi saya.
Tidak berpuas hati dengan itu, saya cuba hubungi beberapa klinik kesihatan kerajaan. Ada yg tidak berjawab walaupun sudah beberapa kali saya mencuba. Mana laa saya ta makin cuak. Masa tu mulalah saya ta tentu arah. Hasil cubaan beberapa kali menelefon ke beberapa klinik kerajaan, akhirnya panggilan saya berjawab juga. Berjaya saya slotkan nama saya untuk sesi HIV Test di
Klinik Kesihatan Bandar Baharu, Selayang.
Tiba pada hari yg di tetapkan, saya dan Enche tunang bergegas ke klinik tersebut selesai saja sesi pre wedding kami pagi tu. Mujur temujanji pada pukul 2ptg. Sampai saja di klinik, saya di maklumkan yg nama saya tiada dalam senarai HIV Test untuk hari itu. Saya ulangi TIADA. Saya bermati-matian mengatakan yg saya sudah slot temujanji pada tarikh ini melalui telefon. Mungkin rezeki kami, akhirnya kami di lepaskan juga untuk sesi HIV Test itu meskipun di buku pendaftaran memang tiada nama kami langsung.
Syukur ya Allah. = )
Staf di klinik kesihatan ini pun mujurla mesra. Sesi HIV Test itu tidakla lama, cuma setengah jam. Ambil darah, isi borang dan hantar di makmal. Seterusnya dapatkan tarikh untuk datang ambil hasil ujian sebulan kemudian. Senang kan? Tapi proses ini renyah bagi saya untuk dapatkan temujanji kerana perlu book dahulu dan sesi HIV tidak ada pada setia hari dan hanya beberapa pasangan saja yg boleh di slotkan pada satu-satu masa.
Pesanan saya, jangan ambil mudah prosedur ini kerana ia mengambil masa yg lama untuk ke proses ini meskipun sesi ambil darah itu hanyala setengah jam sahaja.
p pesan pada s : Yuhuu ! Lepas ni boleh fokus pada borang akad nikah pula.