Phew.
Lama rasanya ta update blog ni kan. Na kata busy tu ta jugak, tapi maybe sebab bajet agak kurang stabil lately buat banyak aktiviti dan projek kawen saya tergendala.
Sedar ta sedar, 3 bulan je lagi BIG DAY kami akan menjelma. Memang agak risau (mak aih, VIP gift ta settle lagi neh). Untuk entri yg ini, saya na cerita tentang kad kawen kami. At first, saya da plan baik punya untuk buat kad dengan pihak kadlawo yg based kat Shah Alam. Ha, pada yg kurang pasti siapa mereka...diaorang ni la yg buat kad untuk majlis akad nikah Diana Danielle dan Farid Kamil.
Design kad memang lawa but then Enche Tunang cakap agak costly sikit sebab pakej yg kami amek cuma
500pcs kad + banner 1 je + 500 box untuk isi muffin + 2 signage arrow :
RM1045. Satu lagi, if amek pakej ni ta boleh untuk add on or outer apa-apa. Contohnya macam ta mau 500 box tapi mahu di gantikan dengan 500pcs kad kawen lagi. Katanya untuk pakej macam ni, saya ta boleh outer kalau na kena tambah kad tapi items yg ada dalam pakej tu WAJIB ambil.
Ni contoh kad tu, tp ada few things yg kena edit lagi.
Unfortunately, Enche Tunang maklumkan yg dia na cancel untuk kad ini sebab costly. If kami na tambah, then harga sekeping kad akan jatuh RM1.20 untuk 500pcs lagi, jadi semuanya RM 600. Wow. Hampir RM1700 untuk kad kawen saja? Jadi, kami cancel order dengan pihak kadlawo. Mujur kadlawo cuma caj RM60 saja untuk artwork di atas dan deposit di kembalikan. Boleh la top up untuk buat kad kahwin dengan pihak lain. Maka, bermulalah sesi pemburuan kad kawen yg lagi murah dan berbaloi-baloi.
Nanti saya announcekan siapa pilihan kami berdua untuk kad kawen yg baru. Tunggguuu !
p pesan pada s : 3 bulan lagi, harus lebih serius. risau risau risau.