Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Monday, 27 August 2012

rasa hati saya sekarang

date hari ini menandakan hanya tinggal 4 hari saja lagi sebelum kami bertukar status.
berdebar okeh !

Alhamdulillah. Beberapa hari lepas, saya telah cancelkan event dengan photographer tunang iaitu Foto Momento Friends & Family. Kurang pasti mengapa, tapi saya secara peribadi kurang gemar cara photographer tersebut bekerja dan berurusan dengan saya. Memang saya confirm booking dia sejak bulan May 2012 tetapi, tiada update dari side dia. Bayangkan lagi seminggu event saya, dia masih senyap membisu tanpa bertanyakan di mana alamat rumah saya. Ye betul acara tunang itu lambat lagi, tapi saya ada hubungi dia dan sms tanpa hampa. Call tidak berjawab, sms jarang sekali dia na reply.

Akhirnya, saya hubungi taiko photographer di Kota Bharu - Abe Less Abe Less Classic Touch bertanyakan jika dia free pada date tunang tu nanti. Malangnya, Abe Less ada kelas photography pada 1 Sept di Perhentian. Saya sudah runsing waktu itu. Aduhai. Ujian apa kah lagi ya Allah. Abe Less ada tanyakan saya tentang hal ini, jadi saya ceritakan secara kasar mengapa secara tiba-tiba saya perlukan photographer "terjun". Dia berjanji akan cuba untuk tolong saya. Saat itu saya rasa lega sedikit.

Keesokannya, saya terima SMS dari Abe Less. Rekomenkan En Ibnu Sina Osman sebagai photographer tunang saya nanti. Ini FB dia Ibnu Sina Osman.Terus saya hubungi En Ibnu. Alhamdulillah, pakej yg di tawarkan masih dalam bajet saya.


- MAJLIS BERTUNANG
- 1 EXCLUSIVE ALBUM 
- 2 PCS GAMBAR 8R
- 80 PCS GAMBAR 4R & STICKY ALBUM
- 1 COPY DVD ( UNLIMITED PICTURE )

Syukur, rupanya Allah turunkan ujian untuk beri yg lebih bagus kepada saya. Sebelum ini dgn pihak Foto Momento Friends & Family saya cuma dapat harga untuk shoot n burn. Tetapi dengan En Ibnu, saya cuma perlu tambah RM200 saja lagi untuk dapatkan pakej di atas. Untungkan?

Dan untuk baju tunang, veil, tudung tunang nanti saya ada buat sedikit perubahan. Tambah beads lagi !! Seronok sangat time beli beads tu. Murah okeh! Saya pergi selayang dan dapat beli byk beads untuk saya jahit di baju tunang, veil nanti. Bukan apa, sebab saya rasa kosong sangat bila tengok balik gambar baju tunang. So, nantikan ye apa result nya nanti. Few days je more !

Super duper excited bila tahu few saudara mara saya yg dari Perak akan turun ke Kota Bharu this time. Termasuk dengan family paksu. = ) Macam family gathering. Da lama okeh rumah kami ta penuh dengan event yg macam neh. Hoho. Last wedding pun tahun 2009 dulu.

Tapi, ada 1 things yg saya bimbang. Nenek enche botak kurang sehat. Jadi, kami risau sgt. Hopefully Allah lancarkan perjalanan majlis kami pada kali in.

Amin.

Tuesday, 14 August 2012

baju tunang

Finally siap juga baju tunang ini. = )
Jadi ini lah hasilnya.

Warna tema : peach pink
Tukang Jahit : Sha
Upah Jahit : RM165 (upah baju) + RM250 (upah jahit beads) + RM200 (veil dan tudung)






 ini saya semasa menyarungkan baju tunang - abaikan wajah yg tanpa make up itu.
barangkali pemilihan warna pastel ini membuatkan saya nampak lagi gelap.



 p pesan pada s : saya kurang gemar tudung awning. adeh. 

Wednesday, 1 August 2012

projek DIY lagi : kotak doorgift

Saya pun kurang pasti ini projek DIY saya yg ke berapa. = )
Alhamdulillah. Siap juga akhirnya kotak doorgift ini. Setelah berhempas pulas selama beberapa minggu. Dari 0 kepad 100. Puas sgt bila tengok hasilnya.

Jadi, ini adalah stepnya dari mula sampai final step.

 Bahan dan alatan yg di perlukan.
(Gam tembak - Artcard - Gunting - Pola untuk kotak )

Lukisan di atas kertas. Ukur dan gunting. Penat taw setiap kotak saya lukis, ukur dan gunting. Memandangkan kena buat penutup dan juga badan kotak maka perlukan 2 pola yg berbeza ukurannya. 

Ok, ini rupa nya setelah di gunting. Yg kiri tu badan kotak, sebelahnya penutup kotak. 

Gamkan di setiap penjuru. 

Hasilnya bila siap di gam. Penuh 1 kotak tau !  

Ini untuk tujuan hiasan - lekatkan riben dengan warna tema akad nikah kami nanti. 


 Letak riben da cantek, tp saya belum berpuas hati lagi. Jadi untuk up kan lagi kotak ni, saya tambah dengan bunga riben. 4 hari okeh di ambil untuk siapkan bunga riben ini untuk 50pcs saje. 
Caranya : gunting riben, gamkan yg hujung, twistkan kepada angka 8 dan kemudian susun bertindih sebanyak 3 lapisan kemudian jahit dgn benang. Gigihkan saya?

Setelah siap bunga tersebut di jahit, lekatkan seperti gambar diatas dengan gam tembak. 

Final touch - lekatkan tag yg saya order tempohari. Ingat tak entri ini - http://queen-of-razlan.blogspot.com/2012/05/doorgift-akad-nikah-session.html
Tadaaaaa.. da siap. Boleh rehat !

p pesan pada s : rasa sayang pulak na bagi kotak ni. ;p