Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Sunday, 24 June 2012

our official wedding planner for Enche Botak


Tadaa !

Saya dengan ini meng introduce kan pakej katering officially bagi pihak side bertandang nanti.
Official Catering kami  ini sangatla femes dengan daging masak hitamnya. Kami booking catering ini pada Pameran Pengantin di PWTC bulan Mac yg lalu. Senang ada wedding planner ni, ta de la kami terkejar-kejar. Untuk pakej kami pilih ini, Fotografi tidak termasuk sekali kerana kami sudah punya OP sendiri. Jadi, ini di gantikan dengan baju persalinan baru yg mengikut tema kami serta design yg saya mahukan. Wuhuu ~ harusla rujukan majalah Pengantin yg menjadi sumber inspirasi baju bertandang saya nanti. 


p pesan pada s : Alhamdulillah. Dap dip dug jugakla kalau countdown ni. 

Thursday, 21 June 2012

brown paperbag

Hello para followers blog ini.


Ini major projek DIY saya untuk majlis resepsi nanti di Kota Bharu. Projek DIY ini memakan masa yg agak lama kerana memerlukan saya untuk menyiapkan lebih daripada 350 paperbag. Main focus untuk paperbag saya ialah brown paper bag yg jauh lebih murah dari paperbag biasa. Untuk 100 kpg cuma RM10 sepeket. Jadi, 1 paper bag itu akan jatuh pada harga 10sen je. = )

Doily paper pula untuk 250pcs cuma RM4.50. Saya beli 2 paket doiley paper. Jumlah untuk main kedua-dua item ini ialah RM49. Huhu.

Bahan utama untuk projek DIY kali ini.

:: Brown paper bag ::
:: doily paper ::


hiasan nya -
:: Feathers - RM 8.90 sepeket ::
:: Clear stamp ::


upacara melekatkan lekatkan doiley paper

antara paperbag yg sudah siap di glue kan dengan feathers

close up our name

antara warna yang available untuk feathers ni

Close up hasil nya



 yang ini pula di bahagian belakang paperbag = )


p pesan pada s : penat tapi seronok bila tengok hasilnya begini. berbaloi-baloi.


Saturday, 16 June 2012

1st batch : shopping barang hantaran



Memandangkan ketibaan June seringkali datang bersama bulan YES! maka kami mengambil peluang ini untuk shoppppinnngg untuk kawen purpose. Wee~ so, inilah barangan yg akan di gunakan untuk hantaran kawen kami nanti. Tunggu 2nd batch untuk shopping pula. = )



p pesan pada s : 7 berbalas 9 dulang, makanya ada lagi 6 dulang je lagi yg masih belum settle.

Wednesday, 13 June 2012

scheme warna pilihan hati kami !

Ok. Hari ni saya agak kepeningan sedikit. Memikirkan tentang colour pallete untuk majlis resepsi dan bertandang kami nanti yg tinggal lebih kurang 7 bulan je lagi. What? 7 bulan je lagi. Gulp. Rasa macam baru berapa persen je preparation kami setakat ini.


Jadi, di bawah ini saya sertakan beberapa warna untuk majlis kami yg perlu saya finalise kan. Phew. Seperti yg di ketahui, warna tema saya ialah Teal - lihat warna di bawah.

Jadi, saya pikir untuk pengapit saya nanti warna mint green ini agak cantek dan lebih lembut dari warna baju kami nanti. Lagipun, warna mint green ini agak in untuk zaman sekarang.

Dan pilihan warna untuk family saya pula ialah maybe warna ini - PLUM. Sebab peacock ada beberapa scheme warna contohnya biru, ungu, hijau. Haha. Lagi pun ungu memang warna fav saya = )


Untuk majlis bertandang pula, saya memilih merah cili dan silver untuk tema kami. Scheme warna untuk side Enche Botak memang menggunakan warna-warna yg panas. 




Plan macam na parents saya pakai warna ni masa majlis bertandang. Na support family yg lain memang saya agak lari bajet.

Dan ini antara pilihan warna saya untuk pengapit majlis bertandang nanti.


Family Enche Botak akan gunakan warna ini majlis bertandang nanti.




Saya perlukan finalise ini dengan kadar segera ! mohon bantuan !

Monday, 11 June 2012

misi mencari dewan : SETTLED !


Akhirnya, misi mencari dewan untuk majlis bertandang selesai. Syukur !

Cuma sedikit hampa, kerana tarikh bertandang di tunda sehari lewat dari tarikh yg kami plan. Insya Allah tarikh  majlis bertandang ialah pada 10hb Feb 2013 (Ahad).

Isu dewan ini membuatkan kami agak tegang. Haha. Mau ta pressure Enche Botak saya. Sudah 5 dewan saya call, tetapi tarikh yg kami mahu semua sudah full. Jadi, tiada pilihan lain selain dari anjakkan sehari lewat dari tarikh yg di rancang itu. Tapi bak kata org, just enjoy je masa neh sebab nanti akan jadi memori yg suwit sebab susah payah untuk this BIG DAY.


Jeng Jeng Jeng.


Ini sneak peak tentang dewan yg kami berjaya book itu. = )



p pesan pada s : syukur dapat juga dewan even kena lambatkan sehari dari date yg kami plan.

Saturday, 9 June 2012

lord of the rings : Enche Botak



Alhamdulillah.
Dapat juga bulan June ini saya belikan pada Enche Botak barang hantaran ini - CINCIN.
Sekurang-kurangnya misi untuk 9 par hantaran nanti akan settle satu per satu.
Minggu depan insya allah 2 lagi barang hantaran akan saya belikan untuk Enche Botak.
Mujur la ade YES ! untuk June neh.

Cincin ini di beli dari kawan Enche Botak sendiri yg sebenarnya ada buka bisnes menjual cincin.
Di beli dengan harga kawan-kawan, harga asal untuk cincin ini ialah RM1200.
Pada mulanya Enche Botak mahu cincin yg lain tetapi setelah saya puas membelek maka inilah dia cincin pilihan hati kami berdua. Rasa kekok juga melihat cincin ini di jari Enche Botak.
Almaklumlah, mana la pernah Enche Botak saya tu pakai cincin.


p pesan pada s : teringat wajah Enche Botak yg sengih memanjang tatkala menyarung cincin ini.

Monday, 4 June 2012

It's JUNE already !

Alhamdulillah. = )

Syukur, perancangan saya tempoh hari berjaya saya capai walaupun masa singkat. Dengan berkejar ke rumah kawan atas undangan majlis perkahwinan, dapat juga saya selit untuk booking session dengan bridal majlis kahwin nanti, bridal majlis tunang nanti, gubahan hantaran dan juga homestay untuk event tunang yg tinggal hanya 3 bulan saja lagi.

Pertemuan dengan bridal kahwin saya yg turut di temani dengan Enche Botak, perbincangan pelamin idaman hati mengikut tema + design baju sanding kesukaan saya (inspirasi dari majalah Pengantin) + warna tema + khemah kanopi + apa yg saya perlukan untuk akad nikah event + meja beradap sehinggalah ke hiasan bilik pengantin. SETTLED !

Dengan bridal untuk majlis tunang pula saya cuma perlukan mini pelamin + make up + hand bouquet saje. Ini pon sudah SETTLED ! Cuma tunggu hari tunang yg bakal tiba sahaja.

Dengan penggubah hantaran juga telah SETTLED. Barang hantaran tunang pun saya dah bagi by hand pada dia.

Yg menggembirakan saya, sampul duit untuk barang hantaran Enche Botak iaitu jam tangan + cincin + kasut juga telah capai target. Yes ! Bulan June ni saya berjaya mencapai target untuk beli barang hantaran untuk Enche Botak. Alhamdulillah Ya Allah !