Semalam, saya dan enche Botak ke beberapa dewan sekitar KL, Shah Alam dan PJ untuk tujuan survey dewan untuk resepsi belah Enche Botak.
Jadi, kami ke
SECITA - PJ. Environment dewan selesa, cuma saya kurang berkenan tentang pentas yg terlalu rendah dan kecil. Ta muat kalau na letak pelamin 3 panel atas pentas tu. Huhu. Parking ok, oh ye dewan ni disediakan aircond jugak. Lagi satu, untuk letak meja bulat yg berjumlah 30 dan meja VIP yg 4 set saya kira agak "sendat" jugak keadaan dewan tu nanti. Itu belum lagi masuk meja makan pengantin.
Phewww.
Kemudian kami ke
Dewan Kastam Kelana Jaya. Masa tu ada wedding baru je lepas berlangsung. Mujur masa tu tetamu agak surut. Enche Botak memberanikan diri bertanya tentang harga sewa pada salah seorang keluarga pengantin, tetapi untuk urusan sewaan kami seharusnya berjumpa pihak pengurusan kastam di tingkat 5 untuk info yg lebih lanjut. Kami sneak in sekejap ke dalam dewan. Mmg selesa, besar dan luas, ada aircond, pentas pun agak tinggi. Bonusnya, dewan ini dekat dgn rumah Enche Botak saya.
Dari Dewan Kastam, kami ke Shah Alam. Meninjau pula
Dewan Jenjarum MBSA. Ini sebenarnya dewan badminton. Hasil pertanyaan kami, dewan ini disewa dengan kadar RM 1500 sehari untuk event majlis kahwin. Woah ! Tinggi betul harga sewanya. Apa yg saya kurang gemar tentang dewan ini ialah tiada aircond. Parking memang banyak tempat dan boleh accomodate banyak kereta. Saya fikir kami perlu meninjau dewan yg lain dulu.
Kami ke
Kompleks Islam Shah Alam yg terletak berhampiran dengan Dewan Jenjarum MBSA tadi. Ini saranan teman sepejabat - Diana Zakaria. Memandangkan ada event kahwin jugak, saya cuma lalu di kawasan kompleks. Parking pun luas jugak. Cuma saya kurang pasti tentang rate sewa disitu. Ada juga saya cuba call pihak management Kompleks Islam, tetapi malangnya sampai sekarang saya belum berpeluang bercakap dengan orang yg in charge untuk dewan ini.
Saya : Saya na tahu harga sewa dewan untuk majlis wedding.
Staff : Sekejap, saya sambungkan pada pihak berkenaan.
(tunggu di talian)
Staff : Assalamualaikum
Saya : Wa'alaikumussalam, saya na tau harga sewa dewan la.
Staff : Kejap ye, kena call En Rahim yg in charge. (sambil dia mengomel, mencari nombor En Rahim). Neh number dia 0177809898.
Saya : Terima kasih yee.
Apa yg menghampakan, bila saya dail nombor tersebut hanya peti simpanan suara yg menjawab "nombor yg anda dail tiada dalam perkhidmatan." Apabila saya ajukan kembali tentang hal ini pada pihak Kompleks Islam Shah Alam, jawapan yg saya dapat sangatlah tidak membantu. Mungkin bukan rezeki kami.
Dewan terakhir yg kami survey ialah
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yg terletak di Bangsar. Masa kami sampai, event kahwin baru saja selesai. Ketika itu, pihak bridal sibuk mengemas pelamin. Keluasan dewan ini tidak sebesar Dewan Kastam tetapi dekorasi nya mmg lawa. Aircond pon ada. Siap ada playground lagi di luar dewan. Caj sewa pon ta semahal mana, RM 800 (8 jam termasuk persiapan) RM 300 untuk deposit. Dewan ini disewakan kosong. Kalau hendak letak karpet, perlukan lagi extra RM 500. Dan jika masa tidak cukup, RM 100 untuk caj sewa sejam. Kebetulan pada masa itu, ada staff Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yg turut memantau persiapan majlis kahwin yg akan di adakan pada waktu malamnya. Jadi, kami terus bertanya akan info dewan ini pada beliau. Staff dewan pun peramah dan banyak berikan info. Saya pandang Enche Botak dan berharap dengan pandangan tersebut dapat memaklumkan pada Enche Botak yg saya jatuh hati pada dewan ini. = )
Cuma sekarang, saya serahkan kembali pada Enche Botak sendiri untuk memilih dewan mana yg dia berkenan mengikut kemampuan kami.
p pesan pada s : kalau da ada yg mana berkenan, bolehlah kami book terus pada date resepsi sebelah pihak Enche Botak.