Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3XlJMJH5G

Friday, 17 February 2012

fabrik dan tema tunang

Saya sudah punya tarikh untuk hari merisik dan pertunangan. Ini hasil perbincangan antara kami berdua yg bakal di khabarkan pada kedua belah family tidak lama lagi. Enche botak berhajat mahukan tarikh pada harijadi dia dengan alasan senang untuk dia ingat tarikh penting ini. Dan memandangkan di atas beberapa faktor, maka saya setuju dengan tarikh yg di cadangkan.


Untuk majlis tunang, tema yg saya pilih ialah peach pink. 


:: sekadar hiasan :: 

:: hand bouquet yg lawa - soft je colour nya :: 

:: yummy kan kek ni = ) ::


Saya memilih untuk menempah baju memandangkan saiz badan saya yg agak petite. Mujur Enche Botak bersetuju dengan cadangan saya untuk menempah baju tunang. Barangkali dia turut berkongsi kebimbangan yg sama. Saya turut tempah veil tudung dari dia. 


Berikut alasan mengapa saya mahu tempah baju:

  • bimbang kalaupun ada warna yg saya mahu ini, risau tidak tona warna itu tidak sepadan dgn warna kulit saya.
  • saya mahu ini jadi antara barangan sentimental value dalam hidup saya.
Jadi, untuk selamat saya tempah saja memandangkan saya punya kawan yg pandai menjahit baju sebegini. Jadi, saya serahkan kepercayaan pada dia. = ) 


Tadi, saya ke Jakel di Jalan TAR untuk survey baju yg ingin saya tempah sempena hari pertunangan yg saya congak lagi 6 bulan. Insyallah dengan izin Allah. Ada beberapa helai chiffon yg menarik perhatian saya. Total hampir RM 450 untuk kain chiffon. Mmg cantek! Sampaikan waktu saya try kain tu di badan ada beberapa customer yg turut melirik pada kain yg saya pilih. Pastel yg amat warnanya. Sekadar survey dahulu, lagipun Sha (tailor + stylist yg saya appoint) kali ini nasihatkan saya supaya sekadar lihat dahulu. Kami akan ke sini lagi untuk finalisekan baju dan veil tudung untuk majlis tunang nanti.


 mahu fabrik yg colour sebegini

 ini pun cantek jugak, tp peach agak terang

owh..ini gambar ehsan dari google. peach pastel yg saya mahu.




p bisik pada s : mak aiih, pening kepala pikirkan banyak benda. Ya Allah, mudahkan jalan kami.

Thursday, 16 February 2012

mukadimah

Ini adalah entri pertama saya untuk dokumentasi perjalanan cinta kami. Saya ciptakan blog ini khas untuk merakam setiap memori dari langkah pertama hingga tiba hari bersejarah itu nanti. 


Alhamdulillah.
Semoga cinta suci kami beroleh restu Illahi. Semoga perjalanan cinta kami lancar.


Doakan ye !
Amin.